Sunday, November 14, 2010

Sake dan Sushi..

Sebelum ini saya ada menerima sebuah komen tentang makna Sake (Sa-ke). Sake boleh dibaca dengan 2 sebutan yang membawa makna yang berbeza.

1. Sa-ke: Arak Beras

2. Sake: Ikan Salmon

Didalam penciptaan cuka yang digunakan untuk membuat sushi, sake yang digunakan adalah arak beras dan bukanlah ikan salmon.

Terdapat pelbagai pandangan mengenai hukum sake yang menjadi cuka. Pada pandangan asas, ramai yang mengatakan sekiranya arak menjadi cuka hukumnya halal. Tapi dengan cara apakah pertukaran itu terjadi? Samada secara semulajadi atau kaedah melarut?

Mazhab Syafie berpendapat najis boleh disuci dengan istihalah dalam tiga keadaan:

1. Arak yang bertukar dengan sendirinya menjadi cuka
2. Kulit binatang yang disamak
3. Bangkai binatang yang dicernakan melalaui pereputan dan bertukar menjadi ulat dalam kitaran baru kehidupan

Nah.. Satu persatu pertanyaan dirungkai..

No comments: