Saturday, February 23, 2013

Part 1: Bandung Trip (23/01/2013)

Apa khabar bapak-bapak.. Ibu-ibu.. Dan semua teman-teman yang baru atau udah lama menjadi secret followers gue. Trima kasih semuanya.. Eh? saya bicara Bahasa Indonesia ya? Ya iyalah.. Saya mahu ngesyer gitu sama kalian tentant liburan gue di Bandung, Indonesia. Buat yang belum sampai ke sini, sini dong dengerin sama saya. 

23 JANUARI 2013

Cerita dimulakan dengan penerbangan sulung saya dengan Air Asia. Sebelum ni cuma berpeluang terbang dengan MAS. Ha.. Inilah sarapan saya dengan Air Asia. Chatime atas pesawat dan Nasi Goreng dengan 2 bantang Sate.. Oh ye.. Air Spritzer juga.. Hehe.. Makanan lebih murah jika ditempah awal di AirAsia.com. 

Why mention? Don't be selfish.. Tak semua merasa terbang. Sekurang-kurangnya dapat saya kongsikan sedikit tips menjimatkan penerbangan anda dengan pernerbangan tambah murah yang memenangi World's Best Low Cost Airline oleh Skytrax, UK.


Nom Nom Nom Nom.. Tengah-tengah merehatkan perut, mata terpandang bencana banjir yang melanda Jakarta. Dari foto di bawah kelihatan air yang melitupi bumi Jakarta.



Saya selamat tiba di Bandara Hussein Sastranegara, Bandung pada jam 8.07 pagi waktu Indonesia (9.07am waktu Malaysia) pada tanggal 23 Januari 2013 dengan penerbangan Air Asia.


Sejurus tiba, kami dibawa ke hotel tempat kami menginap oleh saudara Bobbi di Grand Setiabudi Hotel & Apartment untuk meletakkan segala bagasi yang dibawa kami.

Setelah selesai urusan drop barang di hotel, kami memulakan aktiviti pertama kami di Bandung dengan melawat destinasi popular di Bandung, Tangkuban Perahu.


Gambar diatas bukan puncaknya. Ni baru kaki gunungnya.. Hehe.. 


Ha.. Inilah tangkuban perahu.. Kejap.. Maksud saya.. Papan tandanya.. Bukan orangnya.. Ade jugak yang terlangkup saya buat nanti.. Hehe.. Disini.. Bau belerangnya sangat kuat.. Ada macam bau telur ayam tembelang jugak kekadang.. Bau agak sengit. Tapi ok la.. Sah-sah bukan bau kentut kan? Hehe.. 




Kelihatan.. Aktiviti lava masih aktif.. Dan pengunjung dilarang menghampiri kawasan tersebut bimbang tidak sedarkan diri kerana bau belerang lebih kuat di kawasan tersebut. 




Cantik kan kawasan ni? Sekiranya anda kesini, anda pasti dikerumuni oleh peniaga-peniaga "gila" yang akan mengekori anda tak kira kemanapun anda pergi sekiranya anda pernah menunjukan minat anda tentang barang-barang yang mereka niagakan. Maka, jangan pandang langsung barang tersebut. 

Jika anda masih ingin membeli barangan dari peniaga-peniaga tersebut, pastikan ia dibuat pada saat akhir sebelum anda pulang ke hotel atau ke tempat lain. Kerana pada masa ini proses rundingan lebih mudah dan sekiranya anda bijak lebih murah, berbanding sekiranya anda beli pada saat and mula-mula sampai kesini. Harga yang dijual 5 kali ganda mahalnya dari harga asal. "Gila" kan?


Pada kunjungan ini, kelihatan pelawat dari Malaysia tidak melepaskan peluang menuruni kawasan jualan walupun bertongkat. Suhu disini sedikit sejuk.


Ok.. Ni budak laki ke dak pompuan..? Hehehe.. My nephew yang dipakaikan selendang kerana hujan gerimis.. Maka lagu yang sesuai bukan lagi Gerimis Di Lautan.. Sebaliknya Gerimis Di Gunung Berapi..

Grupppp.. Perut kami lapar.. 

Setelah melewati Tangkuban Perahu, kami menuju ke Kampung Daun. Ini juga antara lokasi yang biasa dikunjungi pelancong. Menikmati makanan sunda ditemani kehijauan alam dan deruan sungai. Asyik sekali


(Atas: Deretan pondok yang menempatkan penjual jamu tradisional dan ruang pameran projek perumahan setempat)

 (Atas: Ruang jualan souvenir buat pengunjung)

(Atas: Teddy Bear penyambut tetamu.. Eh silap.. Itu saya)


(Atas: "Wastafel" means Washing Basin. Kelihatan anak sungai yang mengalir tepi pondok makan kami Nice..)

Lunch bersama driver kami di Bandung.

(Atas: Ini adalah Nasi Timbel. Makanan orang sunda. Nasi dimasak didalam timbel Rasanya sedap. Persis Nasi Lemak tapi lebih berlemak, Sedap.. Dimakan bersama Tempe Bacem, Keropo Ikan, Ayam Rempah)

Setelah selesai menjamu selera, kami pulang ke hotel untuk berehat..


(Atas: Dari jendela hotel, inilah pemandangan kami, kawasan perumahan di Bandung)

Tamat memori liburan 23 Januari, memori liburan 24 Januari 2013 akan bersambung pada post seterusnya.

No comments: