Monday, July 27, 2009


Surah As-Syams


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang


1. Demi (perhatikan) matahari dan cahayanya.

2. Dan (demi perhatikan) bulan apabila mengiringinya (ketika masuk matahari).

3. Dan (demi perhatikan) siang apabila menerangi (ia akan kelam malam).

4. Dan (demi perhatikan) malam apabila telah menutupinya (akan siang harinya).

5. Dan (demi perhatikan) langit dan Yang membangunnya (iaitu Allah).

6. Dan (demi perhatikan) bumi dan Yang menghamparkannya.

7. Dan (demi perhatikan) jiwa dan Yang menyempurnakannya.

8. Maka (lalu) diilhamkannya (oleh Allah jalan-jalan) kejahatan dan (jalan-jalan) takwa.

9. Sungguhnya telah mendapt kemenanganlah orang yang membersihkannya (dari pada segala dosanya).

10. Dan sungguhnya mendapat kerugianlah orang yang mengotorinya (dengan maksiat).

video

Surah Asy-Shams yang dijadikan sebuah lagu.. Sedap lagunya.. Hayatilah

* Gambar surah Asy-Shams ini ambil dari Wikipedia Indonesia.

Tuesday, July 14, 2009

LAST MINUTE WORK

Kenapa dalam dunia ni, ramai orang yang suka buat kerja "Last Minute"?

Sesungguhnya Last Minute ni memang aku cukup menyampah dan benci dalam hidup aku..

Kenapa waktu nak terberak baru nak terhegeh2 gali lubang? Dan kenapa bila hujan dah turun baru terhegeh carik payung? Kenapa?

Bende2 mcm ni mmg banyak menyusahkan orang sekeliling.. Hasil kerja "Last Minute" ni memang takkan pernah sempurna.. Salah sana.. Salah sini.. Missing sana.. Missing sini...

Lepas tu.. Bila semua dah jadi macam taik nak marah2.. What for? Sendiri salah.. Pastu pin point orang lain..

Aku merayu kepada semua makhluk tuhan yang bergelar manusia.. Buatlah kerja yang lebih awal..

Jangan pernah buat kerja "Last Minute"..

Sesugguhnya.. kerja2 macam ni memang tidak akan dapat menghasilkan hasil yang efisyen..

Wednesday, July 8, 2009

Lawatan Cik Kiah ke Kilang

Malam tadi aku dapat message from Kak Min.. "Salam, Afiq esok Kak Min pi lawat kilang kat Kuala Selangor tau.. Jumpa pukul 8pg esok." Mesej yang ringkas dan amat kutunggu2.. Hehe

Lawatan.. Yahoo! Hari ni 8 Julai 2009 (Rabu)..

Aku memulakan lawatan aku ke kilang pembungkusan produk FAMA kat Kuala Selangor bersama Kak Min, Kak Ann & Abg Bob. Kilang ni membungkus produk2 Agromas dan mengambil kontrak mengilangkan serbuk pati ikan bilis untuk Adabi.




Sesampai je kat sana satu group 4 orang dari FAMA Selangor sampai.. 1 org pegawai dan 3 org pelajar praktikal.. Budak UiTM Shah Alam course Marketing.. Namely Ida, Sarah and Iza.. Ida ni pernah baca blog aku sebelum ni.. Cuba korang tengok post aku tentang hari2 awal aku kat FAMA.. Hehe.. Tak sangka bleh jumpa dia kat sini.. Takdir-Nya...



(Di atas: Sarah)
(Di atas: Iza)

(Di atas: Ida)
Kilang ni punya Quality Control mmg bagus.. Sampai je ke lab dia kitorang kena pakai baju, topi dan sarung kasut khas untuk menjaga kebersihan dalam kilang.. HYGIENE!!! Dah macam doktor bedah dah aku..




So kitorang didedahkan dengan kawasan kilang ni.. Bagus..


Then kitorang borong barang2 FAMA nih.. Sedap.. Aku beli Mee Bandung Segera.. Tepung Goreng Cendawan ngan pek refill kopi Anggerek coz Kopi Anggerek yang kat rumah aku tu nak abes dah.. Huhu..


Then kitorng say goodbya dgn rombongan dari FAMA Selangor..


Then aku Kak Min and Kan Ann pi tempat Vendor FAMA kat Sekinchan.. Vendor ni ler yang menghasilkan kuah kacang instant keluaran FAMA.. Mmg sedap.. Dia jual segala jenis kerepak kat sana..

So aku beli chip ubi kayu Lada Hitam & Kuah Pecal Instant..


Balik tu je.. Kak Mus (toke kedai tu) Bagi kitorang 3 beg kerepek2 yang bermacam untuk kitorg for free.. Ya Allah... Thanks kak.. Udahler aku abes bedal tester2 kerepak dia kat kedai.. Alih2 dia bagi kitorg bawak balik lagi.. Rezeki.. Alhamdulillah..

Then aku terus dihantar pulang ke rumah dengan Proton Perdana milik FAMA HQ.. Wakaka.. Perlu ke aku state nama keta? Wakaka..


Orait.. itu sahaja coverage hari ni.. hehe

Another day @ FAMA HQ

Sorry coz baru sekarang aku cover tentang pengalaman ketika aku bertugas di Ministry of Agriculture (MOA) @ Putrajaya on 2nd July 2007.. Bangunan ni seyes cantik.. Much better dari bangunan kerajaan asal kat kawasan Jalan Duta, Kuala Lumpur..


Aku dipanggil oleh Kak Min untuk mengikutinya ke MOA since aku tak berapa nak ada kerja on that day.. So aku ikut ler Kak Min and Wan Syamshilla.. Tugas untuk hari tersebut adalah untuk menjaga booth FAMA dalam bangunan MOA tu sempena Bulan Ekspo Industri Asas Tani (IAT) '09..


Masuk je main entrance terus nampak boothnya.. Sesampainya aku kat sana.. Aku terus pi jalan sikit lagi untuk jumpa 2 orm member praktikal aku Al-Fan and Eezree.. Diorang bertugas kat booth jualan IAT.. Jual produk2 IAT.. Apa produknya? Macam2 tu.. Barangan Agromas.. Olemas.. Produk2 IKS..



Lepas greet diorang je.. Terus aku tinjau2 booth jualan tu.. Aku dapati.. Booth jualan tu kurang element 4 P's.. Alah.. Ada dalam subjek marketing aku time Diploma dulu.. So aku apply kat sana.. Aku susun cantik2 barang2 tu (Placing).. Then aku promote barang2 sana dengan berkongsi rasa sebenar produk tu melalui pengalaman dan produk knowledge (Promotion).. Harga pun dah cantek dan murah (Pricing).. So sales berjalan dengan baik.. Alhamdulillah..

And aku berjaya buat jualan yang memberangsangkan dalam masa hanya 3 jam peruntukan untuk aku berada di Putrajaya.. Aku jual 3 tin kopi Anggerek 2 peket kopi Anggerek.. 1 botol sos cili nenas, 1 balang kuih tart nenas dan 3 botol kordial mangga.. Cantek tak? Hehe..

Then aku balik ke office tepat jam 3 ptg..

Cakap pasal kopi Anggerek.. Kopi raw Anggerek ni memang sedap.. Bukan aku nak promote.. Tapi nak share ngan korang.. Kopi ni seyes sedap.. Aku berjaya menghasilkan Coffee Latte setanding kopi yang dijual ngan harga RM 11 per cup tu.. Seyes wa cakap lu.. Nanti aku share ngan korang resepinya..

So till then.. Adios..