Wednesday, March 26, 2014

Part 4: Bandung Trip (26/1/2013)


Hari Ke-4..

Penjelajahan kami di Bandung dimulakan dengan lawatan ke salah sebuah Shopping Mall yang famous di Bandung. Paris Van Java (PVJ)..




Tetiba jadi gayat bila kat Paris Van Java ni.. Ada taman dalam bilik air.. Perghh.. Lawa tu.. Sambil cuci tangan.. Boleh tengok Ikan dan cermin nun hujung sana.. Hehe.. Abang cleaner.. Jangan marah na..



Pelbagai butin berjenama dapat dilihat sepanjang Indoor Building yang dibuat.. Memang cantik.. Diatas bangunan ini terdapat Taman Burung Mini, Pusat Luncur Ais dan Taman Bunga (Tapi tak berapa maintain la..)





Sedang mereka sibuk main Ice Skating.. Saya pula berjalan-jalan dan ingin mencuba makanan lain yang ada di Indonesia. 

Kalau sampai sini, jangan lupa singgah ke Kentucky Friend Chicken (KFC). Kenapa KFC? Memanglah kat Malaysia pun ada KFC, tapi disini ada menu yang tak ada di Malaysia.. Colonel Yakiniku. Set ala-ala bento Jepun.. Sedap juga untuk tukar-tukar selera.. Ada nasi.. Coleslaw.. dan Yakiniku.. Nyam nyam.. 


Kalau di Malaysia kita ada Chatime.. CoolBlog.. EachACup.. Disini kita ada CALAIS. 


(Suasananya lebih santai berbanding versi Malaysia)

(Masuk kereta je kena marah.. Afiq.. Where have you been? We've been waiting for you for so long you see.. Teeheehhee)

Selesai di PVJ.. Kami meneruskan perjalanan ke sekitar kaki Tangkuban Parahu sekali lagi. Kali ini untuk memborong Alpukat (Avocado) kerana harganya disini sangat sangat sangat murah..!!! Can you imagine what if you staying here and running a Guacamole business.. Hehe..



Selesai dengan Avocado.. Time untuk melantak.. Kami ke sebuah tempat yang tak terbaik untuk kenangan apa yang dinamakan Bandung. SAPULIDI. Juga terdapat resort di Sapulidi ini. Saya bagi 5 bintang untuk layanan, makanan dan lokasi. Menu agak mahal tapi worth of experience to be here.. Tak percaya? Saksikan sendiri..

(Lobi Restoran.. Jualan kudapan tempatan ada dijual disini)


Terdapat pondok-pondok disediakan disekitar laman Sapulidi. Pilih saja tempatnya.. Pelayan akan datang melayan anda dengan menu yang enak. 






(Makanan Sunda)

(Dapur Kuih Serabi - Kuih traditional Bandung)




(Gateway ke Resort Sapulidi)

(Ni kalau Stacy nampak maunya dia rakam lagu Perahu Senja)

(Bangunan dibelakang itulah Chalet di Sapulidi)

Macam mana? Cantik tak Sapulidi ni? Sangat-sangat cantik. Dan jika saya ingin ke Bandung suatu hari nanti adalah kerana Sapulidi ini.. :) 

Makan malam pula menjadi aktiviti seterusnya.. Hampir tiada tempat yang ingin dituju kerana hujan dan masing-masing penat.. Kami ingin mencuba Mandeep Bakso Malang Asli.. 

Trust me.. Terasa malang disana. Makanannya tidak variety dan tak sedap. :p

Tamat kisah kami di Bandung... Esoknya kami pulang ke Malaysia Tanah Airku.. Nak cover jugak ke? Ahhh... Tak payah.. Ini semua poyo..


No comments: