Monday, July 18, 2011

Sarawak Bumi Kenyalang (Part 1)


"Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung Negeri Sarawak,
Manis sik ada dapat dilawan,
Anak dak Dewa turun kayangan"
Haa.. Itulah antara lagu rakyat Negeri Sarawak.. Penerbangan saya ke Bumi Kenyalang ini adalah dengan perkhidmatan Malaysia Airlines.. Sebuah penerbangan yang cukup selesa dan disertakan bersama insurans nyawa dalam setiap bayaran tiket penerbangannnya.. Sekurang-kurangnya saya tak mati katak seperti penerbangan lain yang mana insuransnya diasingkan dari cas penerbangannya dan layanan separuh mesra dari krew-krew mereka. Terima kasih sekali
lagi buat Malaysia Airlines diatas layanan kelas kelas pertama.

Penerbangan yang mengambil masa selama 1 jam 13 minit itu selamat sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak. Alhamdulillah.. Sampai juga aku ke situ..


Setibanya kami di sana. Kami disambut oleh pegawai FAMA Negeri Sarawak. Layanan istimewa diberikan kepada kami sepanjang kehadiran kami disana bagi menyempurnakan misi membantu pegawai negeri dalam perlaksanaan sistem elektronik yang baru digunapakai.

Sebentar.. Kenapa saya gunakan kami? Sebenarnya kehadiran saya kesana ditemani oleh sahabat saya dari unit yang berbeza di Ibu Pejabat FAMA. Dan kami masing2 mempunyai matlamat yang sama iaitu membantu pegawai negeri dalam perlaksanaan dan pengunaan sistem baru tersebut.

Dari lapangan terbang.. Kami dibawa ke tempat penginapan kami iaitu Regal Court Hotel di Jalan
Satok, Kuching.


Sesudah itu kami dibawa pula ke Benteng di Pekan Satok itu untuk menjamu selera. Benteng merupakan sebuah pusat medan selera yang menghimpunkan segala jenis masakan Malaysia apatah lagi masakan setempat Negeri Sarawak.


(Foto diatas merupakan panorama Benteng di Jalan Satok pada waktu malam)

Saya telah memesan Mee Kolok dan minuman Longan Susu yang belum pernah saya cuba sebelum ini.


(Foto diatas: Mee Kolok)

Mee Kolok ini rasanya seakan Mee Kicap yang dimakan bersama Sup Soto. Sedap..


(Foto diatas: Longan Susu)

Longan Susu ini merupakan gabungan antara Longan dalam tin dan susu.. Sedap juga ..

Selesai makan kami pulang ke hotel dan merehatkan diri. Dalam masa yang sama, rakan saya menghubungi kenalan beliau yang berasal dari Kuching untuk berjumpa. Peluang ini diambil oleh kami untuk melawati sebuah lagi tempat tumpuan di Kuching Sarawak ini.. Iaitu..

Kuching Riverfront

Di Kuching Riverfront inilah himpunan bazar makanan, kraf dan lain-lain. Maka kami putuskan untuk makan malam di situ sahaja sambil menikmati panorama malam yang indah di situ.

Untuk makan malam tersebut.. kawan saya menikmati "Nasi Ayam Penyet" . Hehe.. Terus terang saya katakan itulah kali pertama saya tahu tentang kewujudan menu dengan nama yang pelik itu. Hehe.. Sementara itu saya memesan Nasi Kerabu Ayam Percik..

(Gambar diatas bukanlah menu Nasi Ayam Penyet sebaliknya rakan saya bersama Nasi Ayam Penyetnya)
(Gambar diatas merupakan hidangan Nasi Kerabu Ayam Percik)

(Gambar diatas: Haa... Inilah Nasi Ayam Penyet)


Tamat Bahagian Pertama.

Nantikan kemunculan Bahagian Kedua pula.