Monday, June 29, 2009

Assigned for Outstation @ Terengganu for 4 Days

Kalau korang ada profil Facebook aku mesti korang ada terbaca Post aku yang bertajuk diatas.. Jadi mari aku share pengalaman aku disana…

FAMA telah member tugas kepada aku dan rakan praktikal aku Rais Iskandar untuk outstation ke Terengganu untuk Ekspo IAT 2009 – Terengganu.. Ekspo ni diadakan secara tour ke seluruh Malaysia.. Aku dengan kawan aku ditempatkan di booth HQ FAMA coz kitorang mmg dari HQ FAMA pun.. huhu.. Takkan nak letak kat booth FAMA Negeri.. Kui3..

So beginilah diarinya..


25.06.2009 (Khamis)
BERGERAK KE TERENGGANU


Untuk travel ke Terengganu, aku naik bas Transnasional pukul 10pg dari Hentian Putra, Kuala Lumpur.
So aku jumpa member aku si Rais kat sana coz dia yg tolong beli tiket aku pada hari semalamnya..


Pukul 10 pagi je bas terus gerak.. then Bas stop kat Kuantan untuk rehat.. Then bas meneruskan perjalanan selepas 45minit..


So kitorang sampai ke Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Terengganu pada pukul 5.33ptg.. Berapa jam tuh? 7 Jam Setengah.. Adoi.. Sakit pinggang aku.. Hehe
Sesampainnya kat sana kitorang terus check in kat YT Midtown Hotel, Kuala Terengganu yg terletak di pekan Kuala Terengganu.. Dekat je dengan Dataran Shahbandar, tempat ekspo tu akan dijalankan.. Dalam bilik tu member kitorang si Hafli dah sampai dulu satu hari sebelum kitorang sampai.. Dia yg tolong check in kan.. Fuuhh..
Malam sikit member Hafli dating bawak kitorang jejalan kat Pantai Batu Burok.. Mmg gelap.. Then aku temankan member2 aku ni makan kat A&W… Aku minum float je.. Sebab kenyang lagi coz makan kay bilik hotel earlier.. Hehe
Then aku melawat stadium yang runtuh tu.. Airport atas tambakan laut.. Dan pemandangan malam di Kuala Terengganu..
Pastu kitorang balik hotel.. Dan kami kepenatan lalu tidur dengan nyenyaknya,,



26.06.09 (Jumaat)
OHAIYO GOZAIMASU.. Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi.. Aku bangun dan ketandas dan bersiap sedia untuk breakfast ‘Buffet’ kat hotel tu sebelum aku mengejut 2 kawan aku yg masih tidor.. BANGUN.. Breakfast..
Maka kami bergerak ke kafenya.. Sesampainya di sana terus aku terpaku melihat kafenya.. Is this the café? Really? Oh okay.. Budget hotel.. What do you expect..? Cekodok, Bihun Goreng, Pancake, Bean in tomato with eggs.. Tea & Coffee.. That’s it..



Kitorang pun makan sekadar melepaskan lapar dan sebagai bekalan tenaga untuk bertugas sebentar lagi… Nyam Nyam Nyam.. Abesss…
Pukul 9.45 pagi aku degan Rais dihantar ke Dataran Shahbandar sementara Hafli terpaksa balik coz dia nak bertunang.. Tinggallah aku ngan Rais.. Sadis gila..


(Si Rais Iskandar yang berjalan dengan tangan dalam poket.. Elehz.. macho lah tu.. HUH..!)
Sesampai je kat booth tu kitorang tengok kosong je.. Backdrop takde.. Apa2 pun takde.. Tak lama lepas tu Kak Siti (from HQ FAMA yg dtg dgn husband dia) tiba dengan backdrop... So kitorang pun start setting booth dgn Baeknya.. huhu
(Aku yang semakin gemok)
Ramai pengunjung.. Terima kasih rakyat Terengganu di atas sambutan hangat anda..!
After that kitorg pun jaga booth tu.. Sampai 10 malam tapi in between kitorang wat giliran tukar shift untuk persediaan Sembahyang Jumaat and tandas and hotel.. Nak jadi cerita.. Lepas sembahyang Jumaat tu takde sape kat booth and hujan turu mencurah2 dengan angin kencang menyebabkan pamphlet and props2 kat booth kitorang kuyup ditimpa air hujan… Huaaaa
Maka kitorang kemas balik tempat tu.. Huhu.. Minta simpati peniaga lain untuk sekeping tisu.. Sadis.. Hanya untuk mengelap meja booth kami.. Sedih..
Then aku beli laksam.. Cream Puff, Satar, Pulut panggang.. Kerja aku makan je.. Hehe.. ye la.. murah tu beb..Satar 4biji seringgit.. Cream puff 4 seringgit.. Laksam RM 2.50.. Pulut panggang 3 seriggit.. Otak2 3 seriggit.. MURAH TAK? So aku jaga booth samba makan.. memang tak beretika sungguh.. Huhu..
After the whole day kitorng balik hotel dan.. TIDO..

27.06.2009 (Sabtu)
OHAIYO GOZAIMASU.. Sama macam semalam.. Breakfast and gerak pi tempat kerja.. Hari agak baik.. Belah tengahari tak ramai pengunjung tapi bila beransur malam orang ramai membanjiri tapak ekspo.. Sama macam semalam..
Seperti biasa tugas aku untuk menyalurkan info tentang FAMA kepada pengunjung dan Usahawan yang singgah ke booth kami..

(Separuh je kepala aku? Cis..)

Pastu ada sesi karaoke.. So aku pun amik pelua ng berkaraoke gak.. Kau pilih lagi Biarlah Bulan Bicara nyanyian asal Broery Marantika..
Dalam pukul 9.30mlm.. dtg sorang pak cik ni mintak aku explain tentang FAMA.. Ni dialog dia
Aku mulakan dengan
“Salam.. Pakcik ni brochure FAMA kalau encik nak tahu lebih lanjut tentang FAMA. FAMA ditubuhkan buat membantu para usahawan”
“APA?! “Tanya pakcik tu sambil geleng2 dan membelek brochure tu..
Aku ulang bail ayat aku tapi dengan nada yang tinggi sikit coz aku fikir pak cik ni ada masalah pendengaran.. Lagi sekali dia geleng.. Sambil membelek2..
Aku teruskan je dialog aku.. ”Sekiranya pakcik ada satu produk mcm serbuk kari ke.. sos ke, FAMA boleh tolong pakcik untuk pasarkan produk Encik atau buat pembungkusan yang menarik un tuk produk encik..”
Dia dok geleng2 lagi.. Dalam hati aku berkata.. Pak cik ni tak betul je? Pelik gak aku..
Pastu dia cakap “Saya tak percaya dengan FAMA!” “ Pakcik Saya ada bela itik.. dalam 200 telur itik tu dibuat telur asin.. Pak cik saya pi FAMA.. Orang FAMA cakap tak leh jual la apa la.. FAMA ni cekik darah.. Beli barang murah dari orang PKS pastu jual mahal!”
Hati aku terbakar gak dgn pak cik ni secara jujurnya.. Aku ni dak praktikal..
“You know what? Government should help but not to take advantage on PKS people”
Aduh pak cik ni.. Sedap mulut berkata2.. Tp aku iyakan dan berlagak bodoh je.. Kang lawan bertaburan lak meja tu.. Pasal aku fikirkan dia customer aku diam je…
STOP bout that story lain hari aku sambung ok?
Lepas tu aku entertain pengunjung lain mcm biasa…
Then aku balik hotel ad tido.. Sebelum tu aku makan Otak2.. Banyak aku beli.. Ye la.. Murah.. 3biji sehengget je.. Kenyang beb.



28.06.2009 (Ahad)

Bangun pagi.. Breakfast.. then packing balik.. Banyak aku beli sebagai ole2.. Keropok lekor.. Kerepek.. Perencah2.. 9.30pg kitorang check out.. 10pg naik bas balik KL..

Begitulah diarinya..

3 comments:

Nadzrah said...

bestnye jenjalan!

Afiq's Diary said...

Jenjalan? Pembetulan... Bekerja..

ff said...

hye..by any chance, dis rais ur fren nih org perak ke??i used to haf a fren exactly d same name as ur fren, rais asraf...kitorang dh lame lost contat tpnyer..