Sunday, January 11, 2009

Weng Weng @ Melaka (11 Januari 2009)

Hurm.. Semalam (10 Jan 2009) aku pi jejalan lagi ka area Melaka nih.. Tapi kali ni pasal bawak member aku (Ashraff) punya girlfriend (Mai) melawat Melaka.. Kiranya it's an "Introduction to Malacca" kepada Mai yang berasal dari Sabah..

Belah tengahari kitorang makan kat Seoul Garden.. It's an interesting to people love food.. Yummy.. Nak tahu Seoul Garden tu menda? Korang tgk kat old post aku.. Then kitorang pi A Famosa.. Aha.. Betul.. A Famosa.. Main tangkap2 gambar.. kesian Mai kena naik bukit pakai High Heel.. adoi.. sakit tu.. Akhirnya bila time turun terpaksa dia bergaya macam Elyana.. Alah penyanyi yang suka bukak kasut tu.. Haaa...

Then Ashraff hantar Mai pi rumah member perempuan dia untuk Mai rehat jap and tukar baju and apa2 je lah..

Belah malamnya kitorang gerak pi Dataran Pahlawan.. Sempat gak lak si pasangan bercintun ni amik gambar kenang2an kat booth amik gambar yang macam kartun tu.. Sementara tu aku dgn Acap (Housemate) aku pi berlegar2 kat Dataran Pahlawan tu...

Then kitorang pi Menara Tamingsari.. First time naik.. Menara Tamingsari tu adalah menara tinjau yang bergerak bagaikan lif berputar di atas menara.. Harga yang dikenakan adalah RM10 bagi orang dewasa.. Dengan syarat anda merupakan seorang Warganegara Malaysia yang memiliki MyCard..

Masa naik tu boleh lak ada incident.. Pergh cuak siot.. Mengucap aku.. Masa cabin tengah naik.. Nak sampai puncak ni.. Cabin berhenti mengejut.. PAM!!! Menjerit semua penumpang.. Pergh dah macam naik kapal terbang lak.. Then cabin turun balik ke bawah... Pastu jurupand tu cakap "For your attention please, please be remain at your seat.. Due to unexpected incident we will go back to the ground, Sorry for the inconvenience" Sedap suara dia.. Pergh dah macam pramugari dah..

Sampai je kat ground dia cakap " Please remain at your seat for your safety, we will restart our journey" terus cabin tu naik balik.. Kali ni selamat.. ALhamdulillah.. Kat atas tu kitorang nampak kerlipan lampu2 yang cantek banget kat area Melaka nih.. Amazing..

After that kitorang balik hostel and Ashraff pun anta aweks nya ke rumah membernya...

The End..

Hahaha..

Ni photo2 kitorang time jejalan.. enjoy..



1 comment:

syada said...

where's the pictures?