Friday, October 3, 2008

Malaysiaku Prihatin..

Sememangnya Malaysia ku yang indah mendapat tempat dalam hatiku untuk dibanggakan. Rakyat yang berbilang bangsa hidup dalam sebuah masyarakat. Puas dikatakan hidup dalam keadaan harmoni namun masih ada anasir-anasir jahat yang cuba memecah belahkan perpaduan yang Malaysia idamkan.

Yang 'A' kata 'B' puncanya.. Yang 'B' kata 'C' puncanya. Dah macam lagu 'Oh Bangau'. Aku yang kerdil cuba menghayati kehidupan harmoni sesama bangsa. Namun disanggah oleh sikap biadap sesetengah pihak. Bukan 'racist' namun hanya tertanya-tanya apakah puncanya. Ah tolak dahulu cerita 'Oh Bangau' ni..

Semalam, pada raya kedua (2 Oktober 2008) aku balik ke Melaka untuk menziarah kubur atuk dan nenek. Selepas itu aku melawat Pak Long & Mak Long kat kampung.. Banyak yg berubah kat kampung tempat aku bermain masa kecik2 dulu masa raya.. Sedih bila terkenangkan memori ketika kecil sewaktu beraya dikampung.

Kemudia aku & famili aku balik KL.. Masa balik tu.. Masyaallah.. All the way dari Senawang ke Nilai sesak.. Ayah kata "Jam ni bukan apa.. Orang dah balik cuti raya dah ni".. Tapi aku tak setuju.. Aku jangkakan ada kemalangan yang menyebabkan kesesakan ni..

Ternyata tepat tekaan aku dan abg aku.. Ada accident kat situ.. Yang sedihnya.. Berpuluh kilometer jam tu bukan pasal kereta yang terlibat dalam kemalangan tu menyekat jalan.. Tapi kerana Rakyat Malaysia yang terlalu prihatin..

Kalau benar anda prihatin hulurkan bantuan.. Bukan 'slow'kan kenderaan.. Kalau dikatakan alah.. Kejap aje.. Semua boleh berdalih mcm tu..

Cuba korang kira.. Katakan sebuah kereta amik masa purata selama 5 saat untuk slowkan kenderaan.. Berapa lama jumlah masa yang diambil oleh setiap kkereta yang terperangkan dalam jam untuk memperlahankan kenderaan melihat kemalangan tu..

Jadi kepada rakyat Malaysia yang prihatin.. Tolonglah.. Jangan terlalu 'prihatin' dari sudut itu.. Cukup sekadar ambil iktibar dan bagi yang berkemampuan hulurkan bantuan.. Ringankan perjalanan setiap pemandu yang lain..

Oh rakyat Malaysia ku yang prihatin..

No comments: