Monday, November 16, 2009

Jalan-jalan.. Makan-makan..

Haaa.. hari ni aku nak share ngan korang tempat makan yang best kalau korang ni penggemar makanan.. But this time, aku akan share tempat makan makanan yg very common yet so delicious.. Tak tak caya korang sendiri datang dan cuba. Takkan rugi..

Well, after visiting Zoo Negara.. Me and my family teragak nak makan something different.. Hurm.. Dalam otak kitorng terfikirkan Masakan Padang, Curry2, or something different dari apa yang selalu kitorang makan.. Hurm..


Pusing punya pusing.. Ternampaklah.. Papan tanda Restoran Bonda. Malay Traditional Cuisine. Masakan Ikan Patin Temerloh. Hurm.. Kitorang pun bergegas masuk.. Haha..




Bila masuk dan diminta menu.. Kami dihulurkan 2 keping menu.. Ada ruang serve makanan siap.. Tapi kosong..


Ok.. Dah macam menyeramkan gak ni.. Apa yg diorang hidang kat sini. So at first aku takut2 nak order makan coz bagi aku Nasi Goreng, Kuey Teow Kungfu semua dah biasa makan.. And takde yg sedap selama kitorang makan kecuali yg best kat Cozy House Ampang Park..

Then pasal dah lapar kitoang order je la.. Layanan baik.. Dah sejuk dah hati ni..

Bila makanan dihidangkan.. Ok.. Not bad.. So kitorang try rasa.. Sedap gila beb.. Here's our rating
Kuey Teow Kungfu (Pilihan Chef) - 4 Bintang
Nasi Gorang Cili Padi & Nasi Goreng Kampung Special -
Kenapa 5 bintang? Aroma masakan dia memang mantap. Bila nasi disuapkan kedalam mulut.. Korang akan terasa suatu aroma yang lazat penuh dalam mulut korang. Rasanya? Delicious..
Minuman2 kat sini murah2 sama macam kat kedai2 lain. Puas hati.. Ruang makan yang selesa. Tak percaya? Mai datang sini. Tak rugi..

As for me and my family.. We'll come again for sure..

Overall kitorang bagi 4 bintang.
Kat mana lokasinya?
Well, korang caik kat deretan rumah kedai sebelah kanan Tesco Ampang. Bangunan tengah2 deretan kedai. Easy to find. Tak sesat punya..
Jom.. Jalan-jalan.. Makan-makan..

Friday, November 6, 2009

Sushi Halal Status..

Sebelum ni aku pernah buat posting tentang status halal Sushi King kan? Ok.. Basically, the post has been read by one blogger.. Thanks a lot. Dan beliau telah membuat sialan lanjutan kepada pihak Sushi King untuk keterangan lanjut. Berikut adalah kandungan pertanyaannya. Korang boleh baca postnya di http://lepaktime.blogspot.com/2009/08/sushi-king-halal-ke.html

Enquiry : I know that your chicken & beef are from halal supplier. How about your sushi? Do you put any sake or any other types of alcohol in your sushi? If you did, you shouldn’t do. Cause muslims can’t eat your sushi if contains any alcohol. Hope you can change it to vinegar that not contains alcohol cause muslims also want to enjoy your sushi. Thank you.

Jawapan dari Sushi King :

Dear Faeza,Thank you for your enquiry.

Sushi King is not certified 'Halal'. This is due to some of our food contains 'Mirin'.

Mirin is derived from fermentation of rice and it is commonly used in Japanese cooking to enhance the taste of food.

Following are products that contains Mirin:
1. Unagi Kabayaki
2. Unagi Slice
3. Karei Nitsuke
4. Saba Misoni
5. Mamakari
6. Ikura

On top of that, some of our restaurants do sell beer.

Hope this answers your question.

Thank you.

May you have a great day ahead!

Warmest Regards,

Marilyn Lim
Marketing Department
Sushi Kin Sdn. Bhd.
Tel: 03-56319060 Ext 283
Fax: 03-56325200

Tapi sekali lagi aku nak reming kat korang. jangan tertipu dengan jawapan "halal" yang diberikan oleh peniaga2 sushi di pasaraya2 terkemuka kat negara kita ni. Jawapan mereka kadang kala adalah jawapan bohong. Untuk memastikan sushi mereka halal. Tanyakan pada mereka untuk melihat cuka sushi yang mereka gunakan. kemudian lihatlah kandungan cuka tersebut. Sudah pasti tertera contains Sake (Arak Jepun) dalam cuka tersebut. Wallahualam. Renung2kan dan selamat makan.

P/S: Saya baru dapat tahu ada sebuah restoran sushi yang halal di Shah Alam. Pemiliknya orang bumiputera. Alhamdulillah.. At last.. Jom serbu.. http://www.oshima-restaurant.webs.com/

Wednesday, November 4, 2009

Tamat Sudah

Cerita aku sebagai seorang pelajar di bumi Melaka Tamat sudah.

2 November 2009 - Aku selamat sampai ke bumi Melaka. Pada ketika ini, fikiran aku masih serabut. Memikirkan proposal aku yang bakal direject buat sekian kalinya. Tapi pelik jugak kan? Macam mana report boleh direject kalau aku ni setiap minggu jumpa advisor. Takkan advisor aku tak tengok perkembangan aku? Habis tu apa guna aku pergi jumpa advisor setiap minggu kalau bukan untuk penambahbaikan. Kat point tu je aku dah serabut. Salah siapa? Hurm.. Cuba fikir sebentar.

Pada malamnya aku menjadi pelarian di bumi Melaka. Tumpang tidur di tempat yang sudah asing buat aku. Hehe. Tetapi jutaan terima kasih kepada sahabat2 yang sudi membenarkan diri ini untuk tumpang tidur walau buat seketika cuma.

Malam tu jugak kitorang teragak nak makan Chicken Chop kat tepi Hotel Bayview.. Makanya kami bergegas ke sana. Setibanya disana kedainya tutup.. huhu Terlupa suda kedainya tutup hari isnin. hehe. Makanya kami ke Tranquerah Bistro kat Jalan Hang Tuah.. Aku order Nasi Goreng Pattaya.. Perghh... Harga Rm 4 siot.. Rasanya? Hampeh.. Tak sedap gile.. Lagi sedap adik aku masak.. And of couse.. Tempat tu aku dah blacklist dalam senarai tempat makan area Melaka buat family aku.

3 November 2009 - Pada tarikh ini aku telah melaksanakan Presentation (VIVA) di depan 2 examiner. Pertama advisor aku. 2nd Pn Rahayu (Pensyarah baru). Pada waktu ini aku diserang bertubi2. Akan tetapi satu tembakan tu menyebabkan aku menyirap. Dan aku pasti ini adalah tindakan rational aku untuk bersuara. kalau korang sendirilahkan.. Ade ke korang nak buat sesuatu yang tak dibenarkan dalam research korang? Means.. Bende2 yang kalau advisor korang kata tak bleh.. Tapi korang buat jugak.. Ade? Takdekan? Hope so..

Mcm kes aku ni, aku disuruh buat sesuatu dalam research aku mengikut kata advisor aku. Bila masa present, examiner ni bleh tanya kenapa aku buat mcm tu. Sedangkan dia yang suruh sebelum ni. Bila time aku nak bela diri, dia mencelah dan terus2an blame aku. Ni ke cara seorang pensyarah yang berkaliber? Dimana keadilan bagi seorang pelajar? Memang ada batas bagi pelajar..Namun batasan itu tidak boleh dijadikan alasan untuk mengeksploitasikan pelajar.

Akhirnya aku keluar bilik presentation dengan wajah mencuka. Ternyata penderitaan selama 4 bulan tidak pernah berakhir selama itu. Makanyanya aku terus menyiapkan proses editing sampai kemalamnya.

Pada malamnya kami menyambung cita2 kami untuk makan Chicken Chop. Hehe. Kami ke Bayview semula.. Yeay.. kedai chiken chop tu bukak.. Sedapnya.. Aku beli Chicken Chop Mushroom, Whipped Potato, Sup Kambing, Air Jus Epal Gelas Besar.. Pergh... Tak hengat.. Sendat perut aku.. Haha.. Tgh2 makan tetiba hujan.. Nasib baik air ngan makanan nak dekat habes.. Haha

4 November 2009 - Hari ini aku bangun awal2 pagi untuk print lagi 2 copy final report yang siap diedit. Sebelum tu aku ke MARA untuk beli CD untuk diburnkan dokumen slide, research. Kemudian aku terus ke library, top up kad matrik dengan kredit dan memulakan kerja printing.

Lepas siap aku ke MARA semuala untuk binding dan masukkan CD ke dalam report. Then aku terus hantar kat bilik Advisor aku. Pastu hantar semua dokumen akhor praktikal kepada Pn Normah (koordinatoe latihan praktikal) dan makanaya.. Rasmilah aku tamat sebagai pelajar di UiTM Kampus Bandaraya Melaka.

Makanya berakhirlah ceritaku sebagai pelajar di bumi Melaka. Tamat sudah.

Monday, October 26, 2009

Hari Terakhir di Ibu Pejabat FAMA

At last 5 bulan untuk Internship kat FAMA telah berakhir. Semasa internship ni jugaklah aku tengok macam-macam ragam manusia. Ada yang berjiwa murni, luhur dan tulus. Ada jugak yang mulut berbau longkang. Kerjanya mengumpat org2 dalam office tak sudah.. Isy.. Macam2. Siapa orgnya aku tak akan sebut. Cuma aku harapkan org yang terasa cili tu berubahle ye? Let's forget about those bad memories. But let's keep the sweetest memory instead.
Aku masih ingat masa hari pertama aku. Skema gila. Haha.. Semua staff aku panggil en, puan, cik.. Haha.. Formal sangat.. But, lama2 aku dah dibiasakan untuk memanggil direct name ngan kakak for the ladies..

Masa dalam opis tu, Kak Ann (Pn Maheran) dan Haji Harith merupakan orang yang paling paling banyak mengajar, share story and tolong aku. Aku memang tak akan lupa.. Terima kasih banyak2..

Orang yang boleh dibawa bersembang lak Kak Leha (Puan Zaleha).. Dia tak lokek dengan senyuman.. Dia gak selalu ajak aku makan ramai2 kat pantry.. hehe..

Pastu ada gak 2 rakan yg close ngan aku. Namanya Shahir dan Raziff.. Diorang ni kerjanya asyik bergaduh mcm kucing.. Hehe.. Si Shahir pun banyak tolong aku.. Thanks Shahir. Si Raziff ni lak tak habis2 menyakat orang.. Belasah kang..

And then ada one girl ni.. Namanya Visalini (Vishalini).. Dia memang cun.. Tahap Miss Malaysia lah.. Seronoh cakap ngan dia coz dia fasih bertutur dalam bahasa melayu..

And then ada juga sorang minah ni.. Cun sambil tegas dalam bekerja.. Hehe.. Aku panggil dia Yuyun.. Kawan baik dia Wan Syamsyilla.. Hehe.. Diorang ni selalu kena usik dgn aku. Jahat gak aku nih..

Member aku time nak beli makan lak Kak Aishah.. hehe.. PA Boss.. Best kawan ngan dia. Dia jenis yang staightforward.. Takde cakap belakang2.. Gua respek gila ngan dia.. Attitude positif akak ni sama macam attitude Kak Min (Cik Madjmin).. Dia suka ngan sushi yang aku buat.. Thanks.

Pastu ada gak member yang mengajar aku guna Adobe Photoshop.. Haha.. Thanks Kak Faz..

Ada gak mamat baya aku yang dah 'married'.. Haha.. Mana taknya.. 1st day time sesi ice braking dia bleh kata dia tingal ngan wife dia.. Haha.. Dia gurau je.. Then sejak tu aku panggil dia dah married and tinggal berdua dgn 'wife' dia dalam rumah. Memang dia bengang ngan aku.. Itulah dia saudara Famy kita.. Haha

1001 cerita dalam office selama 5 bulan.. Haha..

And then time hari terakhir aku kat sana, ada dibuat majlis makan kecil2an sempena hari terakhir aku ngan sorang lagi dak praktikal kat situ.. Walaupun kecil2an.. aku dah cukup berterima kasih..

So enjoy pic2 dibawah..

KAK MIN, TAUFIQ, SHAHIR

HAJI HARITH, KAK LEHA, KAK ANN

MISS YUYUN

RAZIFF, KAK MIN, ME

KAK FAZ, ME, RAZIFF, KAK MIN, KAK SUE, KAK SITI, KAK ANN, KAK MIZAH

Wednesday, October 21, 2009

Luahan Rasa Insan Yang Kerdil

Salam..

Hi readers.. Kali ni aku nak share ngan korang pengalaman aku sepanjang buat research. Tentang bagaimana rasanya bila apa yang kita buat direject dan dinafikan kebenaran yang sebenar.

Apa perasaan korang bila sesuatu bende yang korang buat dengan penuh dedikasi. Korang kerah tenaga secukupnya hanya untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Dan Hasil yang dilakukan disemak minggu demi minggu..

Dan apa perasaan korang bila korang seorang yang naïf dalam sesuatu bidang tidak dibimbiing secukupnya untuk melakukan sesuatu. Pada fikiran korang tepat. Tapi disebabkan tiada sebuah bimbingan korang lemas di suatu tempat.

Dan apa pendapat korang bila orang yang kita harapkan memahami kita melepaskan tangungjawabnya demi ego seorang pembimbing yang pada anggapannya perlu perfect dan tiada celanya.

Sesungguhnya itulah perasaan yang aku rasakan. Perit.. Sakit.. Aku dah tak terdaya lagi..

Kini.. Tinggal lagi 2 minggu sahaja lagi untuk aku bergelar seorang mahasiswa di UiTM Bandaraya Melaka. Apa yang aku harapkan 2 tahun pembelajaran aku disini berakhir dengan sebuah penamat cerita yang indah..

Hmmm.. Kalaulah…

Tuesday, October 13, 2009

Dah Tua Dah..

Haih.. Macam tak caye je aku ni makin tua.. Sekarang aku secara officialnya dah jadi Pak Cik berbekalkan 2 orang anak buah yang aku ada sekarang. Seorang perempuan.. 2 orang lelaki..
But then aku dah sesiap train anak buah aku panggil aku Uncle Cik.

Kakak aku secara officialnya dah ada 2 orang anak dan kedua2nya lahir pada tarikh lahir yang sama cuma pada tahun yang berbeza.. Anak2nya comel giler.. Tisya & Rayyan.

Semalam, Abang aku lak ada anak. Seriously aku masih tak percaya dia dah ada anak..

Rasa mcm baru semalam je aku main panjat2 almari.. Main pondok2.. Haha..

Sekarang abang ngan kakak aku dah ada anak.. Aku? Lambat lagi kot.. Biarlah adik aku yang 2 orang lagi tu kahwin dulu.

Aku selesa membujang.. Wakaka.. The truth is banyak lagi bende aku nak kena buat sebelum kahwin.. Kumpul harta dulu.. Nanti baru bini aku senang.. Hehe.. Tak ke macam tu? Hehe

Makin hari makin tua.. Umur pun dah 23.. Tapi niat aku aku akan kahwin selewat2nya pada umur 30 tahun.. Another 7 years to go.. Lambat sket pun takpe..

Monday, September 14, 2009

Mini One Drop Perfumes

Kini muncul Mini One Drop Perfumes. Saiz lebih kecil.. Lebih murah.. Lebih memuaskan hati anda.

Dalam Mini One Drop Perfumes ini terdapat 4 botol terbaik bagi setiap set One Drop Perfumes yang sedia ada. Hanya yang terbaik buat anda..

Warna set, dan jenis wangian yang ada mengikut warna kotak yang lama.

Berikut adalah kandungan bagi setiap set Mini One Drop Perfumes

WOMEN

Set 1 - Women
Inspired by Escape, Calvin Klein
Inspired by Pleasure, Estee Lauder
Inspired by Apple Blossom, Body Shop
Inspired by Cool Water for Women, Davidoff

Set 2 - Women
Inspired by Eternity for Women, Calvin Klein
Inspired by Envy, Gucci
Inspired by Intense, Hugo Boss
Inspired by Heaven, One Drop Perfumes

Set 3 - Women
Inspired by Sunflower, Elizabeth Arden
Inspired by Women Boss, Hugo Boss
Inspired by CK Be, Calvin Klein
Inspired by Palace, Paris Hilton

Set 4 - Women
Inspired by Amarige, Givenchy
Inspired by Montana "Parfum de Peau", Montana
Inspired by Baby Jesz, One Drop
Inspired by Yohji, Yohji Yamamoto

Set 5 - Women
Inspired by Midnight Fantasy, Britney Spears
Inspired by Madame, Jean Paul Gaultier
Inspired by Flower, Kenzo
Inspired by Pure Poison, Christian Dior



MEN

Set 1 - Men
Inspired by Acqua di Gio, Giorgio Armani
Inspired by Eternity, Calvin Klein
Inspired by Polo Sport, Ralph Lauren
Inspired by Hugo Men, Hugo Boss

Set 2 - Men
Inspired by Pleasures for Men, Estee Lauder
Inspired by Boss Signature, Hugo Boss
Inspired by Cool Water, Davidoff
Inspired by Echo, Davidoff

Set 3 - Men
Perfume 1: Inspired by Desire, Dunhill
Perfume 7: Inspired by Sculpture, Homme
Perfume 3: Inspired by Dior Sport, Christian Dior
Perfume 5: Inspired by White Musk for Men, Body Shop



CELEBRITIES' SPECIAL

Women
Inspired by Show Time, Kylie Minoque
Inspired by Glow, Jennifer Lopez
Inspired by Kate, Kate Moss
Inspired by M, Mariah Carey

Men
Inspired by Instinct, David Beckham
Inspired by Adventure, Ewan McGregor
Inspired by Unforgivable, Sean John
Inspired by Jordan, Michael Jordan


Bagi setiap Mini Set One Drop Perfumes. Harga pasarannya adalah RM 25 (Set Biasa) & RM27
(Celebrities)

Usah khuatir.. Harga boleh dirunding jika anda membeli mana2 set One Drop Perfumes dengan saya.. Sebarang pertanyaan ataupun sekiranya anda berminat untuk membelinya, sila hubungi saya di
afiqsdiary@gmail.com

Thursday, September 3, 2009

Sambutan One Drop Perfumes

Semalam aku bawak 10 kotak One Drop Perfumes pi office.. Memang aku terkejut dengan respond officemate aku.. Lepas jual2 tinggal 3 kotak je yg belum terjual..

Diorang cakap, bau perfume ni sama ngan yg ori. And sedap..

Even ada yg kata botol yg dia dok pakai dari last few months tak habis2 lagi. Coz minyaknya lambat nak habis.. Ye la mana tak habis, kan namanya pun One Drop Perfumes. Pakai sikit je tapi baunya tahan lama..

Memang best..

Thanks kepada pembeli One Drop Perfumes semua yg yakin dengan produk tersebut.

Tuesday, September 1, 2009

One Drop Perfumes

Hello Everybody.. Kalau ada sesiapa yang tercari2 penyelesaian untuk memiliki minyak wangi

pada harga yang murah.. Ini penyelesaiannya.. ONE DROP PERFUMES

Tanpa alkohol yang mengeringkan kelembapan kulit

Boleh dibawa untuk sembahyang

Tiada kesan sampingan

Harga boleh dirunding.. Don't worry..

Why pay more when you can get designer's perfume for only a few Ringgits..
FOR HIM

SET 1 for MEN
Inspired by Blue Jeans, Versace
Inspired by CK One, Calvin Klein
Inspired by Eternity, Calvin Klein
Inspired by Polo Sport, Ralph Lauren
Inspired by Acqua di Gio, Calvin Klein
Inspired by Issey Miyaki, Issey Miyaki
Inspired by Hugo Men, Hugo Boss
Inspired by Pour Homme, Paco Rabbane
Set 2 for MEN
Inspired by Boss Signature, Hugo Boss
Inspired by Tuscany per Uomo, Aramis
Inspired by Cool Water, Davidoff
Inspired by Drakkar Noir, Guy Laroche
Inspired by L'Eau d'lssey pour Homme, Issey Miyake
Inspired by Allure Pour Homme, Chanel
Inspired by Le Male, J.P. Gaultier
Inspired by Pleasures for Men, Estee Lauder

Set 3 for MEN
Inspired by Desire, Dunhill
Inspired by Hugo XY, Hugo Boss
Inspired by Dior Sport, Christian Dior
Inspired by Miracle Homme, L'Aquatonic
Inspired by White Musk for Men, Body Shop
Inspired by Diamonds for Men, Emporio Amani
Inspired by Sculpture, Homme
Inspired by Epiphany, One Drop Perfumes


MEN Celebrities' Special
Inspired by Instinct, David Beckham
Inspired by Unforgivable, Sean John
Inspired by True Star, Enrique Iglesias
Inspired by Jordan, Michael Jordan
Inspired by Adventure, Ewan McGregor
Inspired by Life, Adre Agassi
Inspired by Blue Seduction, Antonio Banderas
Inspired by He, Usher


FOR HER
Set 1 for WOMEN
Inspired by Escape, Calvin Klein
Inspired by Romance LPV, Ralph Lauren
Inspired by Pleasure, Estee Lauder
Inspired by Jennifer, Jennifer Lopez
Inspired by For Her, Narciso Rodrigues
Inspired by Baby Doll, Yves Saint Lauren
Inspired by Cool Water for Women, Davidoff
Inspired by Apple Blossom, Body Shop

Set 2 for WOMEN
Inspired by Tresor, Lancome
Inspired by Envy, Gucci
Inspired by Heaven, One Drop Perfumes
Inspired by Eternity for Women, Calvin Klein
Inspired by Gloria, Cacharel
Inspired by Miracle, Lancome
Inspired by J'adore, Dior
Inspired by Intense, Hugo Boss

Set 3 for WOMEN
Inspired by CK Be, Calvin Klein
Inspired by No.5, Chanel
Inspired by Light Blue, Dolce & Gabbana
Inspired by Vanilla Musk, Coty
Inspired by Sunflower, Elizabeth Arden
Inspired by Women Boss, Hugo Boss
Inspired by Palace, Paris Hilton
Inspired by Poeme, Lancome

Set 4 for WOMEN
Inspired by Coco Mademoiselle, Chanel
Inspired by Aqua di Gio (Women), Giorgio Armani
Inspired by Lolita Lempicka, Lolita Lempicka
Inspired by Baby Jesz, One Drop
Inspired by Gold, Amouage
Inspired by Montana "Parfum de Peau", Montana
Inspired by Yohji, Yohji Yamamoto
Inspired by Amarige, Givenchy

Set 5 for WOMEN
Inspired by Fairy Dust, Paris Hilton
Inspired by Flower, Kenzo
Inspired by Eau De, Givenchy
Inspired by Magnifique, Lancome
Inspired by Gardenia, Elizabeth Taylor
Inspired by Madame, Jean Paul Gaultier
Inspired by Pure Poison, Christian Dior
Inspired by Midnight Fantasy, Britney Spears

WOMEN Celebrities' Special
Inspired by M, Mariah Carey
Inspired by Lovely, Sarah Jessica Parker
Inspired by Curious, Britney Spears
Inspired by Kate, Kate Moss
Inspired by Show Time, Kylie Minoque
Inspired by Paris Hilton, Paris Hilton
Inspired by Black Pearl, Elizabeth Taylor
Inspired by Glow, Jennifer Lopez
Tapi yang aku suggest kepada yang nak beli.. kalau korang mintak pandangan aku, set yg best adalah SET 1 perempuan, Set 1 Lelaki, Celebrities Women..
Harga kat sini RM 40.. Tapi dengan aku boleh dirunding.. Don't worry.. Cheap even cheaper..
Cepat3... order cepat..
Kalau korang berminat, sila emailkan no telefon anda kepada afiq_anwar@yahoo.co.uk

Thursday, August 20, 2009

Stevia Hayat

Hari ni aku nak share ngan korang satu produk yang baik untuk kesihatan korang. Even aku sendiri dah start minum Stevia Hayat ni as daily supplement.

Apa bende Stevia Hayat ni? Stevia Hayat ni sejenis daun yang manis rasanya. Daun ni memang originally manis dan no need more sugar. Khasiatnya boleh merendahkan kadar gula dalam badan.


Kiranya produk ni untuk org yang nak mencegah dan merawat penyakit Kencing Manis. Ianya juga boleh membantu badan kita untuk menyah toksin. Bagus kan? Mana datangnya toksin? Dari plastik nasi himpit, bahan toksik yg terlekat pada sayuran yg kita dok makan. Dan bahan2 pengawet yang mengandungi toksin. That's why badan selalu penat dan sakit2. And even perempuan skrg ni senang dapat cancer. Menakutkan kan?


Kalau yang suka minum teh tu, ni salah satu cara untuk mempunyai satu lagi koleksi teh yang berbeza dari pasaran biasa.

(Teh Uncang = RM 60, Ekstrak Stevia Hayat = RM 40 sahaja)

Tapi berhati2 dengan klon Stevia. Stevia yang original tidak mendatangkan kesan sampingan selaepas diminum. Sekiranya Stevia yang anda minum menyebabkan anda pening/sakit kepala, ini bermakan Stevia yang anda minum itu adalah klon.


Apalah nak dibandingan kesihatan dari kematian akibat derita penyakit. Betul tak?


So, inilah dia pengilham produk yang bagus ni. Pn Hajah Hamidah Abd Jalil. Seorang usahawan wanita yang indie (tanpa bantuan sesiapa). Dan produk ini telah dikenali oleh mantan PM kita.


Sememangnya tak rugi kalau beli..




Sunday, August 16, 2009

MICCOS 2009

Dari 13hb - 16hb Ogos 2009, berlangsunglah program MICCOS 2009 yang diadakan di MAEPS, Serdang, tapak yang sama dengan program MAHA tahunan diadakan.


Apa kaitan aku dengan MICCOS? Sebagai seorang 'staff' di HQ FAMA, aku ditugaskan untuk membawa 40 orang usahawan di bawah FAMA. Pegawai yang kena wat kerja ni lak pi Hari Peladang to manage event kat sana.. Maka aku akur melaksanakannya dengan seikhlas hati.. Memang susah nak handle usahawan.. Macam2 'peel'. tapi aku sedar itu merupakan satu pengalaman yg berharga untuk aku.

Bagi setiap pembatalan saat2 akhir oleh usahawan untuk menyertai program ni, aku telah menghabiskan masa selama 6 jam untuk mendapat confirmation penggantian usahawan.

Pada 12hb Ogos 2009, para usahawan telah diminta untuk 'upload' barang mereka kedalam booth. Maka lagi sekali aku melihat pelbagai kisah usahawan. interesting and sedih pun ada. Usahawan dari Kelantan yang cukup aku hormati. Seorang wanita yang berumur lingkungan 50an ke 60an. Menaiki bas dari Tumpat, Kelantan pada jam 9.00malam dan tiba ke Kuala Lumpur pada jam 5.00pagi dengan menaiki bas ekspress.. Wow.. Memang hebat. Terima kasih kepada KADA kerana tolong membawa barang2 usahawan.


MICCOS 2009 ni memang best tapi masih ada kecacatan dari segi pengurusan dari pihak MICCOS 2009. Apa yang boleh aku katakan, aku memang bengang dan marah. Apa sebabnya? Biar aku pendamkan.

Di dewan D, segala jenis perniagaan dijalankan. Dari 40 usahawan bimbingan FAMA ke usahawan indie. Huhu..

Dewan B pula terdapat ekspo dari LKM. Dengan chocolate fountain.. Wah.. 16 booth cokelat.. Wah.. Habis aku borong coklat2 kat sana.. Hehe.. Pastu ada demonstrasi mekap berasaskan koko.. Tapi seyes aku tak interested coz tak relevant dengan minat aku. Yang aku suka demonstrasi buat coklat dan cupcakes.


Pastu kat Dewan A ada segala demo makanan berasaskan Palm Oil.. Semua pengunjung bleh makan for free.. Ice cream.. Pastri dari Holiday Villa, dan Cokelat.. Sedap..

And then ada KOPISATU yang aku rasakan bleh beat Starbucks and Coffee Bean.. Why? Sebab... Harga minuman KOPIESATU jauh lebih murah dari 2 syarikat minuman kopi terbesar di Malaysia itu.

Yang keduanya, rasa kopinya juga setanding dengan kopi import.. Tak caye? Pergi rasa sendiri.. Kat mana nak carik? Kat Masjid India and beberapa tempat yang akan aku announce dalam post seterusnya..



Kalau nak ceritakan memang tak habis.. Apa yang boleh aku katakan
, jomlah datang ke event2 seumpanya.. Tahun depan akan berlangsungnya program MAHA 2010, jom datang ramai2.. Dimana? Ditempat yang sama.. MAEPS, SERDANG. Bersebelahan dengan UPM dan MARDI.

Monday, August 3, 2009

Malacca Revisited (English Language)

For those who can’t read my recent post which is written in Malay Language, here’s some synopsis of my recent post Malacca Revisited.

As a final year student, it’s a must for me to make an appointment with my advisor for my research before I could grad for my Bachelor. So I went to Malacca to see my advisor at campus which is situated in that very middle city of Malacca. After a few days of meeting, I decided to visit a few Tourism Spot in Malacca.

At first, I went to Kampung Jawa as I was invited by my friend to eat ‘Sate’ and ‘Cendol Pulut’ there. The Sate is delicious and cheap. It’s skewered marinated beef or chicken or cockles barbequed on fire. Yummy!

Then I went to Malacca Historical Museum and Malacca Sultanate Museum which I wanted so bad to be there before. From this Museum, we can learn lot’s of precious history from our ancestors.. From the Portugal invaded history on Malacca till Malaysia (formerly known as Tanah Melayu) the independence of Malaysia.

Hope that you guys could get some info from it..

Sunday, August 2, 2009

Malacca Revisited

Pada 29 Julai 2009 (Rabu), aku telah ke Melaka untuk bertemu advisor aku untuk tujuan perbincangan tajuk Research yang bakal aku buat untuk semester akhir aku ni.


Aku tiba di perkarang UiTM Kampus Bandaraya Melaka kira2 jam 11.30pagi oleh kerana lencongan dan perubahan jadual yang dilakukan mendadak oleh advisor aku.. Pada awalnya aku kena jumpa dia di Kampus Alor Gajah. Udahnya aku naikler bas Jebat Ekspress dari Puduraya coz bas ni lalu depan UiTM Melaka, Kampus Alor Gajah.. Alih2 dia kata nak jumpa kat kampus bandar.. Makanya mema ng lambatlah aku..


Selepas diskusi itu, gue emang capek banget deh. Haha.. So aku tumpang ler kat bilik member aku yang tak balik time cuti ni kat hostel.. Namanya? Tak leh bagi tau.. Coz awal2 lagi member aku ni tak nak nama dia di famouskan dalam blog aku.. Motif? Apa2 jelah.. I respect that..


Then pada 30 Julai 2009, aku berjumpa dengan En Helmi untuk meminta beberapa pandangan dan diskusi tentang hala tuju kerjaya aku lepas nih.. Lama gak kitorang berbincang..

Then aku dengan member aku sorang ni pi makan kat Kampung Jawa, Melaka. Katanya kat situ ada tempat makan sate yang cambest.. Sate dimasak secara 'jemaah' kemudian dihidang ke atas meja tanpa perlu dipesan. Kemudian, sate akan dilira mengikut julah sate yang dimakan.





Satu cucuk RM0.50.. Aku makan banyak gak.. Kenyang gak.. Hehe.. Kenyang and just nice ngan budget.. Rasanya ok lah..




And aku order Cendol pulut. Pun ok gak..



After that kitorng menuju ke Muzium Sejarah Melaka and Muzium Kesultanan Melaka (tempat yang dah lama aku nak pi sepanjang belajar kat sana).. Huhu





Then aku pun meneruskan perjalan ke Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan.. Dah lama gak tak pi sana.. Apa motif aku kesana? Aku nak tukar skru Cermin Mata aku.. Ni yang aku nak cerita nih..


1 tahun lebih yang lepas, aku beli cermin mata kat England Optical kat Mahkota Parade.. Aku beli cermin mata NYC berbingkai hitam.. Pakai tak berapa lama gak.. Sampai kat rumah aku kat KL skru dia pecah.. Pecah tau.. Pecah.. Macam mana skru boleh pecah pun aku tak tahu.. So aku tukar kat England Optical, Selayang Mall for free..

Tak lama lepas tua aku balik Melaka.. Lepas 3-4 bulan skru tu pecah lagi.. kali ni diorng cakap tak leh nak warranty claim. So aku terpaksa beli bingkai baru.. Then aku buat syarat ngan dia aku leh tukar skru every month dengan England Optical.. So for every month selama 4 bulan aku tukar kat sana coz tak lama lepas tu aku dah praktikal kat KL lak.. Then aku tukar sekali kat Selayang..

And bila aku balik Melaka ni balik org tu cakap takde skru.. Memang tak bertanggungjawab.. Apa yang bleh aku cakap produk England Optical ni memang China Made (Low Quality).. Bayangkanlah skru pun bleh pecah jadi serbuk.. Seyes aku tak faham..

Alih2 aku pi kedai cermin mata lain tukar skru and kena charge RM3... Tension tul.. Aku dengan keluarga aku dengan nekadnya tak akan berurusan dengan England optical lagi. NO MORE!!!

Tutup kisah tu.. Back to previous story.


Then on 31 July 2009, aku pi library kampus. Ternyata tiada yang dapat menambah isi research aku.. Cari kat internet ler nampaknya.. Haha

Then aku balik KL dengan menaiki Delima Ekspress.
Kebetulan member office aku ada wat Tester kat Wisma Sentral, Kuala Lumpur. So aku jumpa dia jap.. Tester nasi briyani rupanya.. Huhu.. Tester ni dibuat di Jalan Stesen Sentral 5. Berdepan dengan Suhan (syarikat Rosyam Nor).
Then time balik tu, member aku (Mr Shahir) belanja aku ngan Kak Norma makan kat Papa Kopitiam, Selayang Mall.. Haha.. Aku makan Kopi Cham Ice ngan Dried Fried Mee with Curry.. Boleh ler..


Then aku dihantar pulang kira 8 malam.. Thanks Shahir.. BURP! Lain kali belanja makan lagi ek? Wakaka

Monday, July 27, 2009


Surah As-Syams


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang


1. Demi (perhatikan) matahari dan cahayanya.

2. Dan (demi perhatikan) bulan apabila mengiringinya (ketika masuk matahari).

3. Dan (demi perhatikan) siang apabila menerangi (ia akan kelam malam).

4. Dan (demi perhatikan) malam apabila telah menutupinya (akan siang harinya).

5. Dan (demi perhatikan) langit dan Yang membangunnya (iaitu Allah).

6. Dan (demi perhatikan) bumi dan Yang menghamparkannya.

7. Dan (demi perhatikan) jiwa dan Yang menyempurnakannya.

8. Maka (lalu) diilhamkannya (oleh Allah jalan-jalan) kejahatan dan (jalan-jalan) takwa.

9. Sungguhnya telah mendapt kemenanganlah orang yang membersihkannya (dari pada segala dosanya).

10. Dan sungguhnya mendapat kerugianlah orang yang mengotorinya (dengan maksiat).

Surah Asy-Shams yang dijadikan sebuah lagu.. Sedap lagunya.. Hayatilah

* Gambar surah Asy-Shams ini ambil dari Wikipedia Indonesia.

Tuesday, July 14, 2009

LAST MINUTE WORK

Kenapa dalam dunia ni, ramai orang yang suka buat kerja "Last Minute"?

Sesungguhnya Last Minute ni memang aku cukup menyampah dan benci dalam hidup aku..

Kenapa waktu nak terberak baru nak terhegeh2 gali lubang? Dan kenapa bila hujan dah turun baru terhegeh carik payung? Kenapa?

Bende2 mcm ni mmg banyak menyusahkan orang sekeliling.. Hasil kerja "Last Minute" ni memang takkan pernah sempurna.. Salah sana.. Salah sini.. Missing sana.. Missing sini...

Lepas tu.. Bila semua dah jadi macam taik nak marah2.. What for? Sendiri salah.. Pastu pin point orang lain..

Aku merayu kepada semua makhluk tuhan yang bergelar manusia.. Buatlah kerja yang lebih awal..

Jangan pernah buat kerja "Last Minute"..

Sesugguhnya.. kerja2 macam ni memang tidak akan dapat menghasilkan hasil yang efisyen..

Wednesday, July 8, 2009

Lawatan Cik Kiah ke Kilang

Malam tadi aku dapat message from Kak Min.. "Salam, Afiq esok Kak Min pi lawat kilang kat Kuala Selangor tau.. Jumpa pukul 8pg esok." Mesej yang ringkas dan amat kutunggu2.. Hehe

Lawatan.. Yahoo! Hari ni 8 Julai 2009 (Rabu)..

Aku memulakan lawatan aku ke kilang pembungkusan produk FAMA kat Kuala Selangor bersama Kak Min, Kak Ann & Abg Bob. Kilang ni membungkus produk2 Agromas dan mengambil kontrak mengilangkan serbuk pati ikan bilis untuk Adabi.




Sesampai je kat sana satu group 4 orang dari FAMA Selangor sampai.. 1 org pegawai dan 3 org pelajar praktikal.. Budak UiTM Shah Alam course Marketing.. Namely Ida, Sarah and Iza.. Ida ni pernah baca blog aku sebelum ni.. Cuba korang tengok post aku tentang hari2 awal aku kat FAMA.. Hehe.. Tak sangka bleh jumpa dia kat sini.. Takdir-Nya...



(Di atas: Sarah)
(Di atas: Iza)

(Di atas: Ida)
Kilang ni punya Quality Control mmg bagus.. Sampai je ke lab dia kitorang kena pakai baju, topi dan sarung kasut khas untuk menjaga kebersihan dalam kilang.. HYGIENE!!! Dah macam doktor bedah dah aku..




So kitorang didedahkan dengan kawasan kilang ni.. Bagus..


Then kitorang borong barang2 FAMA nih.. Sedap.. Aku beli Mee Bandung Segera.. Tepung Goreng Cendawan ngan pek refill kopi Anggerek coz Kopi Anggerek yang kat rumah aku tu nak abes dah.. Huhu..


Then kitorng say goodbya dgn rombongan dari FAMA Selangor..


Then aku Kak Min and Kan Ann pi tempat Vendor FAMA kat Sekinchan.. Vendor ni ler yang menghasilkan kuah kacang instant keluaran FAMA.. Mmg sedap.. Dia jual segala jenis kerepak kat sana..

So aku beli chip ubi kayu Lada Hitam & Kuah Pecal Instant..


Balik tu je.. Kak Mus (toke kedai tu) Bagi kitorang 3 beg kerepek2 yang bermacam untuk kitorg for free.. Ya Allah... Thanks kak.. Udahler aku abes bedal tester2 kerepak dia kat kedai.. Alih2 dia bagi kitorg bawak balik lagi.. Rezeki.. Alhamdulillah..

Then aku terus dihantar pulang ke rumah dengan Proton Perdana milik FAMA HQ.. Wakaka.. Perlu ke aku state nama keta? Wakaka..


Orait.. itu sahaja coverage hari ni.. hehe

Another day @ FAMA HQ

Sorry coz baru sekarang aku cover tentang pengalaman ketika aku bertugas di Ministry of Agriculture (MOA) @ Putrajaya on 2nd July 2007.. Bangunan ni seyes cantik.. Much better dari bangunan kerajaan asal kat kawasan Jalan Duta, Kuala Lumpur..


Aku dipanggil oleh Kak Min untuk mengikutinya ke MOA since aku tak berapa nak ada kerja on that day.. So aku ikut ler Kak Min and Wan Syamshilla.. Tugas untuk hari tersebut adalah untuk menjaga booth FAMA dalam bangunan MOA tu sempena Bulan Ekspo Industri Asas Tani (IAT) '09..


Masuk je main entrance terus nampak boothnya.. Sesampainya aku kat sana.. Aku terus pi jalan sikit lagi untuk jumpa 2 orm member praktikal aku Al-Fan and Eezree.. Diorang bertugas kat booth jualan IAT.. Jual produk2 IAT.. Apa produknya? Macam2 tu.. Barangan Agromas.. Olemas.. Produk2 IKS..



Lepas greet diorang je.. Terus aku tinjau2 booth jualan tu.. Aku dapati.. Booth jualan tu kurang element 4 P's.. Alah.. Ada dalam subjek marketing aku time Diploma dulu.. So aku apply kat sana.. Aku susun cantik2 barang2 tu (Placing).. Then aku promote barang2 sana dengan berkongsi rasa sebenar produk tu melalui pengalaman dan produk knowledge (Promotion).. Harga pun dah cantek dan murah (Pricing).. So sales berjalan dengan baik.. Alhamdulillah..

And aku berjaya buat jualan yang memberangsangkan dalam masa hanya 3 jam peruntukan untuk aku berada di Putrajaya.. Aku jual 3 tin kopi Anggerek 2 peket kopi Anggerek.. 1 botol sos cili nenas, 1 balang kuih tart nenas dan 3 botol kordial mangga.. Cantek tak? Hehe..

Then aku balik ke office tepat jam 3 ptg..

Cakap pasal kopi Anggerek.. Kopi raw Anggerek ni memang sedap.. Bukan aku nak promote.. Tapi nak share ngan korang.. Kopi ni seyes sedap.. Aku berjaya menghasilkan Coffee Latte setanding kopi yang dijual ngan harga RM 11 per cup tu.. Seyes wa cakap lu.. Nanti aku share ngan korang resepinya..

So till then.. Adios..

Monday, June 29, 2009

Assigned for Outstation @ Terengganu for 4 Days

Kalau korang ada profil Facebook aku mesti korang ada terbaca Post aku yang bertajuk diatas.. Jadi mari aku share pengalaman aku disana…

FAMA telah member tugas kepada aku dan rakan praktikal aku Rais Iskandar untuk outstation ke Terengganu untuk Ekspo IAT 2009 – Terengganu.. Ekspo ni diadakan secara tour ke seluruh Malaysia.. Aku dengan kawan aku ditempatkan di booth HQ FAMA coz kitorang mmg dari HQ FAMA pun.. huhu.. Takkan nak letak kat booth FAMA Negeri.. Kui3..

So beginilah diarinya..


25.06.2009 (Khamis)
BERGERAK KE TERENGGANU


Untuk travel ke Terengganu, aku naik bas Transnasional pukul 10pg dari Hentian Putra, Kuala Lumpur.
So aku jumpa member aku si Rais kat sana coz dia yg tolong beli tiket aku pada hari semalamnya..


Pukul 10 pagi je bas terus gerak.. then Bas stop kat Kuantan untuk rehat.. Then bas meneruskan perjalanan selepas 45minit..


So kitorang sampai ke Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Terengganu pada pukul 5.33ptg.. Berapa jam tuh? 7 Jam Setengah.. Adoi.. Sakit pinggang aku.. Hehe
Sesampainnya kat sana kitorang terus check in kat YT Midtown Hotel, Kuala Terengganu yg terletak di pekan Kuala Terengganu.. Dekat je dengan Dataran Shahbandar, tempat ekspo tu akan dijalankan.. Dalam bilik tu member kitorang si Hafli dah sampai dulu satu hari sebelum kitorang sampai.. Dia yg tolong check in kan.. Fuuhh..
Malam sikit member Hafli dating bawak kitorang jejalan kat Pantai Batu Burok.. Mmg gelap.. Then aku temankan member2 aku ni makan kat A&W… Aku minum float je.. Sebab kenyang lagi coz makan kay bilik hotel earlier.. Hehe
Then aku melawat stadium yang runtuh tu.. Airport atas tambakan laut.. Dan pemandangan malam di Kuala Terengganu..
Pastu kitorang balik hotel.. Dan kami kepenatan lalu tidur dengan nyenyaknya,,



26.06.09 (Jumaat)
OHAIYO GOZAIMASU.. Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi.. Aku bangun dan ketandas dan bersiap sedia untuk breakfast ‘Buffet’ kat hotel tu sebelum aku mengejut 2 kawan aku yg masih tidor.. BANGUN.. Breakfast..
Maka kami bergerak ke kafenya.. Sesampainya di sana terus aku terpaku melihat kafenya.. Is this the café? Really? Oh okay.. Budget hotel.. What do you expect..? Cekodok, Bihun Goreng, Pancake, Bean in tomato with eggs.. Tea & Coffee.. That’s it..



Kitorang pun makan sekadar melepaskan lapar dan sebagai bekalan tenaga untuk bertugas sebentar lagi… Nyam Nyam Nyam.. Abesss…
Pukul 9.45 pagi aku degan Rais dihantar ke Dataran Shahbandar sementara Hafli terpaksa balik coz dia nak bertunang.. Tinggallah aku ngan Rais.. Sadis gila..


(Si Rais Iskandar yang berjalan dengan tangan dalam poket.. Elehz.. macho lah tu.. HUH..!)
Sesampai je kat booth tu kitorang tengok kosong je.. Backdrop takde.. Apa2 pun takde.. Tak lama lepas tu Kak Siti (from HQ FAMA yg dtg dgn husband dia) tiba dengan backdrop... So kitorang pun start setting booth dgn Baeknya.. huhu
(Aku yang semakin gemok)
Ramai pengunjung.. Terima kasih rakyat Terengganu di atas sambutan hangat anda..!
After that kitorg pun jaga booth tu.. Sampai 10 malam tapi in between kitorang wat giliran tukar shift untuk persediaan Sembahyang Jumaat and tandas and hotel.. Nak jadi cerita.. Lepas sembahyang Jumaat tu takde sape kat booth and hujan turu mencurah2 dengan angin kencang menyebabkan pamphlet and props2 kat booth kitorang kuyup ditimpa air hujan… Huaaaa
Maka kitorang kemas balik tempat tu.. Huhu.. Minta simpati peniaga lain untuk sekeping tisu.. Sadis.. Hanya untuk mengelap meja booth kami.. Sedih..
Then aku beli laksam.. Cream Puff, Satar, Pulut panggang.. Kerja aku makan je.. Hehe.. ye la.. murah tu beb..Satar 4biji seringgit.. Cream puff 4 seringgit.. Laksam RM 2.50.. Pulut panggang 3 seriggit.. Otak2 3 seriggit.. MURAH TAK? So aku jaga booth samba makan.. memang tak beretika sungguh.. Huhu..
After the whole day kitorng balik hotel dan.. TIDO..

27.06.2009 (Sabtu)
OHAIYO GOZAIMASU.. Sama macam semalam.. Breakfast and gerak pi tempat kerja.. Hari agak baik.. Belah tengahari tak ramai pengunjung tapi bila beransur malam orang ramai membanjiri tapak ekspo.. Sama macam semalam..
Seperti biasa tugas aku untuk menyalurkan info tentang FAMA kepada pengunjung dan Usahawan yang singgah ke booth kami..

(Separuh je kepala aku? Cis..)

Pastu ada sesi karaoke.. So aku pun amik pelua ng berkaraoke gak.. Kau pilih lagi Biarlah Bulan Bicara nyanyian asal Broery Marantika..
Dalam pukul 9.30mlm.. dtg sorang pak cik ni mintak aku explain tentang FAMA.. Ni dialog dia
Aku mulakan dengan
“Salam.. Pakcik ni brochure FAMA kalau encik nak tahu lebih lanjut tentang FAMA. FAMA ditubuhkan buat membantu para usahawan”
“APA?! “Tanya pakcik tu sambil geleng2 dan membelek brochure tu..
Aku ulang bail ayat aku tapi dengan nada yang tinggi sikit coz aku fikir pak cik ni ada masalah pendengaran.. Lagi sekali dia geleng.. Sambil membelek2..
Aku teruskan je dialog aku.. ”Sekiranya pakcik ada satu produk mcm serbuk kari ke.. sos ke, FAMA boleh tolong pakcik untuk pasarkan produk Encik atau buat pembungkusan yang menarik un tuk produk encik..”
Dia dok geleng2 lagi.. Dalam hati aku berkata.. Pak cik ni tak betul je? Pelik gak aku..
Pastu dia cakap “Saya tak percaya dengan FAMA!” “ Pakcik Saya ada bela itik.. dalam 200 telur itik tu dibuat telur asin.. Pak cik saya pi FAMA.. Orang FAMA cakap tak leh jual la apa la.. FAMA ni cekik darah.. Beli barang murah dari orang PKS pastu jual mahal!”
Hati aku terbakar gak dgn pak cik ni secara jujurnya.. Aku ni dak praktikal..
“You know what? Government should help but not to take advantage on PKS people”
Aduh pak cik ni.. Sedap mulut berkata2.. Tp aku iyakan dan berlagak bodoh je.. Kang lawan bertaburan lak meja tu.. Pasal aku fikirkan dia customer aku diam je…
STOP bout that story lain hari aku sambung ok?
Lepas tu aku entertain pengunjung lain mcm biasa…
Then aku balik hotel ad tido.. Sebelum tu aku makan Otak2.. Banyak aku beli.. Ye la.. Murah.. 3biji sehengget je.. Kenyang beb.



28.06.2009 (Ahad)

Bangun pagi.. Breakfast.. then packing balik.. Banyak aku beli sebagai ole2.. Keropok lekor.. Kerepek.. Perencah2.. 9.30pg kitorang check out.. 10pg naik bas balik KL..

Begitulah diarinya..