Sunday, August 16, 2009

MICCOS 2009

Dari 13hb - 16hb Ogos 2009, berlangsunglah program MICCOS 2009 yang diadakan di MAEPS, Serdang, tapak yang sama dengan program MAHA tahunan diadakan.


Apa kaitan aku dengan MICCOS? Sebagai seorang 'staff' di HQ FAMA, aku ditugaskan untuk membawa 40 orang usahawan di bawah FAMA. Pegawai yang kena wat kerja ni lak pi Hari Peladang to manage event kat sana.. Maka aku akur melaksanakannya dengan seikhlas hati.. Memang susah nak handle usahawan.. Macam2 'peel'. tapi aku sedar itu merupakan satu pengalaman yg berharga untuk aku.

Bagi setiap pembatalan saat2 akhir oleh usahawan untuk menyertai program ni, aku telah menghabiskan masa selama 6 jam untuk mendapat confirmation penggantian usahawan.

Pada 12hb Ogos 2009, para usahawan telah diminta untuk 'upload' barang mereka kedalam booth. Maka lagi sekali aku melihat pelbagai kisah usahawan. interesting and sedih pun ada. Usahawan dari Kelantan yang cukup aku hormati. Seorang wanita yang berumur lingkungan 50an ke 60an. Menaiki bas dari Tumpat, Kelantan pada jam 9.00malam dan tiba ke Kuala Lumpur pada jam 5.00pagi dengan menaiki bas ekspress.. Wow.. Memang hebat. Terima kasih kepada KADA kerana tolong membawa barang2 usahawan.


MICCOS 2009 ni memang best tapi masih ada kecacatan dari segi pengurusan dari pihak MICCOS 2009. Apa yang boleh aku katakan, aku memang bengang dan marah. Apa sebabnya? Biar aku pendamkan.

Di dewan D, segala jenis perniagaan dijalankan. Dari 40 usahawan bimbingan FAMA ke usahawan indie. Huhu..

Dewan B pula terdapat ekspo dari LKM. Dengan chocolate fountain.. Wah.. 16 booth cokelat.. Wah.. Habis aku borong coklat2 kat sana.. Hehe.. Pastu ada demonstrasi mekap berasaskan koko.. Tapi seyes aku tak interested coz tak relevant dengan minat aku. Yang aku suka demonstrasi buat coklat dan cupcakes.


Pastu kat Dewan A ada segala demo makanan berasaskan Palm Oil.. Semua pengunjung bleh makan for free.. Ice cream.. Pastri dari Holiday Villa, dan Cokelat.. Sedap..

And then ada KOPISATU yang aku rasakan bleh beat Starbucks and Coffee Bean.. Why? Sebab... Harga minuman KOPIESATU jauh lebih murah dari 2 syarikat minuman kopi terbesar di Malaysia itu.

Yang keduanya, rasa kopinya juga setanding dengan kopi import.. Tak caye? Pergi rasa sendiri.. Kat mana nak carik? Kat Masjid India and beberapa tempat yang akan aku announce dalam post seterusnya..



Kalau nak ceritakan memang tak habis.. Apa yang boleh aku katakan
, jomlah datang ke event2 seumpanya.. Tahun depan akan berlangsungnya program MAHA 2010, jom datang ramai2.. Dimana? Ditempat yang sama.. MAEPS, SERDANG. Bersebelahan dengan UPM dan MARDI.

4 comments:

Anonymous said...

wah! ada gmbr LKM..
LKM tuh la tmpt parents aku keje..
ko x nmpak ayah aku ker?
ahahaha.. :P

Afiq's Diary said...

Manaler aku tahu sape parents ko.. Huhu..

Anonymous said...

ahaha...
xde ah..
aku gurau je la..
aku pun aritu x sempat nk g tgk MICCOS thn ni..
sllu tiap2 thn aku g..tlg tgk2 jela kat sana..ehehe..
byk ek booth coklat? tuh sume usahawan ayah aku arr tuh..

Anonymous said...

salam...
miccos best..
pling best kt dewan B..
sbb bnyk cklat..
hihihi
papepn
gud luck 4 nxt year..