Aku tiba di perkarang UiTM Kampus Bandaraya Melaka kira2 jam 11.30pagi oleh kerana lencongan dan perubahan jadual yang dilakukan mendadak oleh advisor aku.. Pada awalnya aku kena jumpa dia di Kampus Alor Gajah. Udahnya aku naikler bas Jebat Ekspress dari Puduraya coz bas ni lalu depan UiTM Melaka, Kampus Alor Gajah.. Alih2 dia kata nak jumpa kat kampus bandar.. Makanya mema ng lambatlah aku..
Selepas diskusi itu, gue emang capek banget deh. Haha.. So aku tumpang ler kat bilik member aku yang tak balik time cuti ni kat hostel.. Namanya? Tak leh bagi tau.. Coz awal2 lagi member aku ni tak nak nama dia di famouskan dalam blog aku.. Motif? Apa2 jelah.. I respect that..
Then pada 30 Julai 2009, aku berjumpa dengan En Helmi untuk meminta beberapa pandangan dan diskusi tentang hala tuju kerjaya aku lepas nih.. Lama gak kitorang berbincang..
Then aku dengan member aku sorang ni pi makan kat Kampung Jawa, Melaka. Katanya kat situ ada tempat makan sate yang cambest.. Sate dimasak secara 'jemaah' kemudian dihidang ke atas meja tanpa perlu dipesan. Kemudian, sate akan dilira mengikut julah sate yang dimakan.
Satu cucuk RM0.50.. Aku makan banyak gak.. Kenyang gak.. Hehe.. Kenyang and just nice ngan budget.. Rasanya ok lah..
And aku order Cendol pulut. Pun ok gak..
After that kitorng menuju ke Muzium Sejarah Melaka and Muzium Kesultanan Melaka (tempat yang dah lama aku nak pi sepanjang belajar kat sana).. Huhu
Then aku pun meneruskan perjalan ke Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan.. Dah lama gak tak pi sana.. Apa motif aku kesana? Aku nak tukar skru Cermin Mata aku.. Ni yang aku nak cerita nih..
1 tahun lebih yang lepas, aku beli cermin mata kat England Optical kat Mahkota Parade.. Aku beli cermin mata NYC berbingkai hitam.. Pakai tak berapa lama gak.. Sampai kat rumah aku kat KL skru dia pecah.. Pecah tau.. Pecah.. Macam mana skru boleh pecah pun aku tak tahu.. So aku tukar kat England Optical, Selayang Mall for free..
Tak lama lepas tua aku balik Melaka.. Lepas 3-4 bulan skru tu pecah lagi.. kali ni diorng cakap tak leh nak warranty claim. So aku terpaksa beli bingkai baru.. Then aku buat syarat ngan dia aku leh tukar skru every month dengan England Optical.. So for every month selama 4 bulan aku tukar kat sana coz tak lama lepas tu aku dah praktikal kat KL lak.. Then aku tukar sekali kat Selayang..
And bila aku balik Melaka ni balik org tu cakap takde skru.. Memang tak bertanggungjawab.. Apa yang bleh aku cakap produk England Optical ni memang China Made (Low Quality).. Bayangkanlah skru pun bleh pecah jadi serbuk.. Seyes aku tak faham..
Alih2 aku pi kedai cermin mata lain tukar skru and kena charge RM3... Tension tul.. Aku dengan keluarga aku dengan nekadnya tak akan berurusan dengan England optical lagi. NO MORE!!!
Tutup kisah tu.. Back to previous story.
Then on 31 July 2009, aku pi library kampus. Ternyata tiada yang dapat menambah isi research aku.. Cari kat internet ler nampaknya.. Haha
Then aku balik KL dengan menaiki Delima Ekspress.
Kebetulan member office aku ada wat Tester kat Wisma Sentral, Kuala Lumpur. So aku jumpa dia jap.. Tester nasi briyani rupanya.. Huhu.. Tester ni dibuat di Jalan Stesen Sentral 5. Berdepan dengan Suhan (syarikat Rosyam Nor).
Then time balik tu, member aku (Mr Shahir) belanja aku ngan Kak Norma makan kat Papa Kopitiam, Selayang Mall.. Haha.. Aku makan Kopi Cham Ice ngan Dried Fried Mee with Curry.. Boleh ler..
Then aku dihantar pulang kira 8 malam.. Thanks Shahir.. BURP! Lain kali belanja makan lagi ek? Wakaka
No comments:
Post a Comment