Wednesday, November 4, 2009

Tamat Sudah

Cerita aku sebagai seorang pelajar di bumi Melaka Tamat sudah.

2 November 2009 - Aku selamat sampai ke bumi Melaka. Pada ketika ini, fikiran aku masih serabut. Memikirkan proposal aku yang bakal direject buat sekian kalinya. Tapi pelik jugak kan? Macam mana report boleh direject kalau aku ni setiap minggu jumpa advisor. Takkan advisor aku tak tengok perkembangan aku? Habis tu apa guna aku pergi jumpa advisor setiap minggu kalau bukan untuk penambahbaikan. Kat point tu je aku dah serabut. Salah siapa? Hurm.. Cuba fikir sebentar.

Pada malamnya aku menjadi pelarian di bumi Melaka. Tumpang tidur di tempat yang sudah asing buat aku. Hehe. Tetapi jutaan terima kasih kepada sahabat2 yang sudi membenarkan diri ini untuk tumpang tidur walau buat seketika cuma.

Malam tu jugak kitorang teragak nak makan Chicken Chop kat tepi Hotel Bayview.. Makanya kami bergegas ke sana. Setibanya disana kedainya tutup.. huhu Terlupa suda kedainya tutup hari isnin. hehe. Makanya kami ke Tranquerah Bistro kat Jalan Hang Tuah.. Aku order Nasi Goreng Pattaya.. Perghh... Harga Rm 4 siot.. Rasanya? Hampeh.. Tak sedap gile.. Lagi sedap adik aku masak.. And of couse.. Tempat tu aku dah blacklist dalam senarai tempat makan area Melaka buat family aku.

3 November 2009 - Pada tarikh ini aku telah melaksanakan Presentation (VIVA) di depan 2 examiner. Pertama advisor aku. 2nd Pn Rahayu (Pensyarah baru). Pada waktu ini aku diserang bertubi2. Akan tetapi satu tembakan tu menyebabkan aku menyirap. Dan aku pasti ini adalah tindakan rational aku untuk bersuara. kalau korang sendirilahkan.. Ade ke korang nak buat sesuatu yang tak dibenarkan dalam research korang? Means.. Bende2 yang kalau advisor korang kata tak bleh.. Tapi korang buat jugak.. Ade? Takdekan? Hope so..

Mcm kes aku ni, aku disuruh buat sesuatu dalam research aku mengikut kata advisor aku. Bila masa present, examiner ni bleh tanya kenapa aku buat mcm tu. Sedangkan dia yang suruh sebelum ni. Bila time aku nak bela diri, dia mencelah dan terus2an blame aku. Ni ke cara seorang pensyarah yang berkaliber? Dimana keadilan bagi seorang pelajar? Memang ada batas bagi pelajar..Namun batasan itu tidak boleh dijadikan alasan untuk mengeksploitasikan pelajar.

Akhirnya aku keluar bilik presentation dengan wajah mencuka. Ternyata penderitaan selama 4 bulan tidak pernah berakhir selama itu. Makanyanya aku terus menyiapkan proses editing sampai kemalamnya.

Pada malamnya kami menyambung cita2 kami untuk makan Chicken Chop. Hehe. Kami ke Bayview semula.. Yeay.. kedai chiken chop tu bukak.. Sedapnya.. Aku beli Chicken Chop Mushroom, Whipped Potato, Sup Kambing, Air Jus Epal Gelas Besar.. Pergh... Tak hengat.. Sendat perut aku.. Haha.. Tgh2 makan tetiba hujan.. Nasib baik air ngan makanan nak dekat habes.. Haha

4 November 2009 - Hari ini aku bangun awal2 pagi untuk print lagi 2 copy final report yang siap diedit. Sebelum tu aku ke MARA untuk beli CD untuk diburnkan dokumen slide, research. Kemudian aku terus ke library, top up kad matrik dengan kredit dan memulakan kerja printing.

Lepas siap aku ke MARA semuala untuk binding dan masukkan CD ke dalam report. Then aku terus hantar kat bilik Advisor aku. Pastu hantar semua dokumen akhor praktikal kepada Pn Normah (koordinatoe latihan praktikal) dan makanaya.. Rasmilah aku tamat sebagai pelajar di UiTM Kampus Bandaraya Melaka.

Makanya berakhirlah ceritaku sebagai pelajar di bumi Melaka. Tamat sudah.

3 comments:

Unknown said...

afiq, final report tu nak hantar kt advisor + examiner + coordinator practical ker? meaning 3 copy la ek..

Afiq's Diary said...

Kat Melaka ni mcm ni.. Advisor adalah 1st Examiner. 2nd Examiner tu Pensyarah lain.. So kedua2 examiner ni kena diberikan report kita. tak payah hard bound.


Advisor plak kena diberikan CD-RW yang siap ditempah cover dan sticker kat CD yang mengandungi softcopy report and slide presentation kita

Anonymous said...

Biasalah bila dinamakan student....selalu kena punya...mmg ada pensyarah...guna masa persentaion nak serang student...x professional langsung...pelik ia...supervisor pun serang u...patutnya dialah back up u...atau u ada problem dgn dia....siapakah gerangannya....