Wednesday, March 26, 2014

Part 3: Bandung Trip (25/1/2013)


Oh My God.. 

Lebih setahun tiada update untuk Bahagian 3 Bandung Trip. Maaf Bapak-Bapak.. Ibu-Ibu.. Sekarang saya lagi sambung ya. Bisa nga? Kalau nga bisa ya pedulilah.. Inikan blognya aku.. hehe..

Maaf saya sibuk dengan urusan belajar sampai hampir terlua meluangkan masa bersama kalian.. :)

Mari sambung PART 3: Bandung Trip (25/1/2013)

Hari ke-3 kami dimulakan dengan ke Cibaduyut. Cibaduyut merupakan sebuah kawasan syurga bagi barangan beg, kasut, dompet, dan pelbagai produk yang berasaskan kulit. Tapi tujuan kami selain untuk melihat kepelbagaian produk yang KEREN.. Kami juga mahukan sebuah produk yang dapat kami jadi kenang-kenangan yang tak dapat kami lupakan.

Dalam perjalanan kelihatan rumah-rumah yang tersergam indah dibahu jalan.. Terus teringat sinetron-sinetron di TV. Hehe.. "Heh Bawang Putih.. Tenung ke mata saya...!!" . Hehehe




Maka kami terus menuju kesebuah kedai yang menjual pelbagai design Jaket Kulit dan Sling Bag yang cantik-cantik. Pilih saja warnanya.. Pilih saja jenis kulit yang kita impikan Kulit lembu? Kulit kambing biri-biri? PVC? Apa bezanya diantara ketiga2 kulit ini.. Kulit lembu lebih keras dan sebenarnya sedikit tidak menyelesakan si pemakai sekiranya dibandingkan dengan kulit biri-biri yang jauh lebih selesa dan lembut. 



Saya memilih leather jacket biri-biri berwarna coklat dan pada masa itu juga ukuran diambil mengikut bentuk badan anda dan jaket siap 3 hari kemudian kerana bukan saya sahaja yang menempah.. Hehe.. Abang saya.. Adik lelaki saya.. Abang saya.. Semuanya menempah jaket kulit yang masing-masing suka. Kalau kat KL mahal tu.. Siyes mahal. Jaket yang saya tempah berharga RM310 bila ditukarkan ke matawang Malaysia. Hasil jahitan memang saya puas hati.

Selesai di sana kami meneruskan perjalanan kami ke sekitar Jalan Dago. Pelbagai galeri fesyen yang ada disini.. Grande.. Episode.. Jetset.. Dan banyak lagi..



Pelbagai pakaian yang menarik boleh dibeli.. Tapi tak original ya.. hehe.. Sekali lagi saya hampa kerana sukar untuk mendapatkan pakaian bagi yang berbadan gempal.. Tension.. :'(

Ah sudah.. Kini perjalanan diteruskan ke rumah Mode. 

(Gambar diatas: Bukan gambar suami isteri ya? Itu saya, adik saya dan anak buah saya. hehe)

Tempat yang wajib dikunjungi buat sesiapa yang datang ke Bandung. Kali ni dapatlah saya merasa shopping kerana ada baju dan seluar bersaiz besar dan cantik cantik belaka. Di rumah Mode ni bukan tempat shopping baju sahaja.. Juga terdapat tempat untuk bersantai-santai minum kopi.. pastry.. Such a nice place to be..

Galeri bajunya menawarkan pelbagai label berjenama seperti Guess.. Ralph Lauren.. Louis Vuitton.. Hugo.. Just name it.. You got it.. 

 (Haiyakk!! Inilah sebahagian dari dekorasi ke galeri bajunya..Yang macam kungfu tu bukan perhiasan ya..)

Tapi tak teringat pula nak ambil gambar dalam premis tersebut.. Tapi ada blogger lain yang mempunyai gambar didalam premis tersebut.

(Sumber: Gambar diambil dari blog http://theoppositeofpink.blogspot.com. Sila layari blog tersebut utk pelbagai gambar yang lebih menarik.)

(Hasil belian di Rumah Mode..)

Program kami pada hari tersebut berakhir di Rumah Mode.. 

Nantikan Bahagian 4 (Hari Ke-4) ya..


No comments: