Thursday, August 20, 2009

Stevia Hayat

Hari ni aku nak share ngan korang satu produk yang baik untuk kesihatan korang. Even aku sendiri dah start minum Stevia Hayat ni as daily supplement.

Apa bende Stevia Hayat ni? Stevia Hayat ni sejenis daun yang manis rasanya. Daun ni memang originally manis dan no need more sugar. Khasiatnya boleh merendahkan kadar gula dalam badan.


Kiranya produk ni untuk org yang nak mencegah dan merawat penyakit Kencing Manis. Ianya juga boleh membantu badan kita untuk menyah toksin. Bagus kan? Mana datangnya toksin? Dari plastik nasi himpit, bahan toksik yg terlekat pada sayuran yg kita dok makan. Dan bahan2 pengawet yang mengandungi toksin. That's why badan selalu penat dan sakit2. And even perempuan skrg ni senang dapat cancer. Menakutkan kan?


Kalau yang suka minum teh tu, ni salah satu cara untuk mempunyai satu lagi koleksi teh yang berbeza dari pasaran biasa.

(Teh Uncang = RM 60, Ekstrak Stevia Hayat = RM 40 sahaja)

Tapi berhati2 dengan klon Stevia. Stevia yang original tidak mendatangkan kesan sampingan selaepas diminum. Sekiranya Stevia yang anda minum menyebabkan anda pening/sakit kepala, ini bermakan Stevia yang anda minum itu adalah klon.


Apalah nak dibandingan kesihatan dari kematian akibat derita penyakit. Betul tak?


So, inilah dia pengilham produk yang bagus ni. Pn Hajah Hamidah Abd Jalil. Seorang usahawan wanita yang indie (tanpa bantuan sesiapa). Dan produk ini telah dikenali oleh mantan PM kita.


Sememangnya tak rugi kalau beli..




Sunday, August 16, 2009

MICCOS 2009

Dari 13hb - 16hb Ogos 2009, berlangsunglah program MICCOS 2009 yang diadakan di MAEPS, Serdang, tapak yang sama dengan program MAHA tahunan diadakan.


Apa kaitan aku dengan MICCOS? Sebagai seorang 'staff' di HQ FAMA, aku ditugaskan untuk membawa 40 orang usahawan di bawah FAMA. Pegawai yang kena wat kerja ni lak pi Hari Peladang to manage event kat sana.. Maka aku akur melaksanakannya dengan seikhlas hati.. Memang susah nak handle usahawan.. Macam2 'peel'. tapi aku sedar itu merupakan satu pengalaman yg berharga untuk aku.

Bagi setiap pembatalan saat2 akhir oleh usahawan untuk menyertai program ni, aku telah menghabiskan masa selama 6 jam untuk mendapat confirmation penggantian usahawan.

Pada 12hb Ogos 2009, para usahawan telah diminta untuk 'upload' barang mereka kedalam booth. Maka lagi sekali aku melihat pelbagai kisah usahawan. interesting and sedih pun ada. Usahawan dari Kelantan yang cukup aku hormati. Seorang wanita yang berumur lingkungan 50an ke 60an. Menaiki bas dari Tumpat, Kelantan pada jam 9.00malam dan tiba ke Kuala Lumpur pada jam 5.00pagi dengan menaiki bas ekspress.. Wow.. Memang hebat. Terima kasih kepada KADA kerana tolong membawa barang2 usahawan.


MICCOS 2009 ni memang best tapi masih ada kecacatan dari segi pengurusan dari pihak MICCOS 2009. Apa yang boleh aku katakan, aku memang bengang dan marah. Apa sebabnya? Biar aku pendamkan.

Di dewan D, segala jenis perniagaan dijalankan. Dari 40 usahawan bimbingan FAMA ke usahawan indie. Huhu..

Dewan B pula terdapat ekspo dari LKM. Dengan chocolate fountain.. Wah.. 16 booth cokelat.. Wah.. Habis aku borong coklat2 kat sana.. Hehe.. Pastu ada demonstrasi mekap berasaskan koko.. Tapi seyes aku tak interested coz tak relevant dengan minat aku. Yang aku suka demonstrasi buat coklat dan cupcakes.


Pastu kat Dewan A ada segala demo makanan berasaskan Palm Oil.. Semua pengunjung bleh makan for free.. Ice cream.. Pastri dari Holiday Villa, dan Cokelat.. Sedap..

And then ada KOPISATU yang aku rasakan bleh beat Starbucks and Coffee Bean.. Why? Sebab... Harga minuman KOPIESATU jauh lebih murah dari 2 syarikat minuman kopi terbesar di Malaysia itu.

Yang keduanya, rasa kopinya juga setanding dengan kopi import.. Tak caye? Pergi rasa sendiri.. Kat mana nak carik? Kat Masjid India and beberapa tempat yang akan aku announce dalam post seterusnya..



Kalau nak ceritakan memang tak habis.. Apa yang boleh aku katakan
, jomlah datang ke event2 seumpanya.. Tahun depan akan berlangsungnya program MAHA 2010, jom datang ramai2.. Dimana? Ditempat yang sama.. MAEPS, SERDANG. Bersebelahan dengan UPM dan MARDI.

Monday, August 3, 2009

Malacca Revisited (English Language)

For those who can’t read my recent post which is written in Malay Language, here’s some synopsis of my recent post Malacca Revisited.

As a final year student, it’s a must for me to make an appointment with my advisor for my research before I could grad for my Bachelor. So I went to Malacca to see my advisor at campus which is situated in that very middle city of Malacca. After a few days of meeting, I decided to visit a few Tourism Spot in Malacca.

At first, I went to Kampung Jawa as I was invited by my friend to eat ‘Sate’ and ‘Cendol Pulut’ there. The Sate is delicious and cheap. It’s skewered marinated beef or chicken or cockles barbequed on fire. Yummy!

Then I went to Malacca Historical Museum and Malacca Sultanate Museum which I wanted so bad to be there before. From this Museum, we can learn lot’s of precious history from our ancestors.. From the Portugal invaded history on Malacca till Malaysia (formerly known as Tanah Melayu) the independence of Malaysia.

Hope that you guys could get some info from it..

Sunday, August 2, 2009

Malacca Revisited

Pada 29 Julai 2009 (Rabu), aku telah ke Melaka untuk bertemu advisor aku untuk tujuan perbincangan tajuk Research yang bakal aku buat untuk semester akhir aku ni.


Aku tiba di perkarang UiTM Kampus Bandaraya Melaka kira2 jam 11.30pagi oleh kerana lencongan dan perubahan jadual yang dilakukan mendadak oleh advisor aku.. Pada awalnya aku kena jumpa dia di Kampus Alor Gajah. Udahnya aku naikler bas Jebat Ekspress dari Puduraya coz bas ni lalu depan UiTM Melaka, Kampus Alor Gajah.. Alih2 dia kata nak jumpa kat kampus bandar.. Makanya mema ng lambatlah aku..


Selepas diskusi itu, gue emang capek banget deh. Haha.. So aku tumpang ler kat bilik member aku yang tak balik time cuti ni kat hostel.. Namanya? Tak leh bagi tau.. Coz awal2 lagi member aku ni tak nak nama dia di famouskan dalam blog aku.. Motif? Apa2 jelah.. I respect that..


Then pada 30 Julai 2009, aku berjumpa dengan En Helmi untuk meminta beberapa pandangan dan diskusi tentang hala tuju kerjaya aku lepas nih.. Lama gak kitorang berbincang..

Then aku dengan member aku sorang ni pi makan kat Kampung Jawa, Melaka. Katanya kat situ ada tempat makan sate yang cambest.. Sate dimasak secara 'jemaah' kemudian dihidang ke atas meja tanpa perlu dipesan. Kemudian, sate akan dilira mengikut julah sate yang dimakan.





Satu cucuk RM0.50.. Aku makan banyak gak.. Kenyang gak.. Hehe.. Kenyang and just nice ngan budget.. Rasanya ok lah..




And aku order Cendol pulut. Pun ok gak..



After that kitorng menuju ke Muzium Sejarah Melaka and Muzium Kesultanan Melaka (tempat yang dah lama aku nak pi sepanjang belajar kat sana).. Huhu





Then aku pun meneruskan perjalan ke Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan.. Dah lama gak tak pi sana.. Apa motif aku kesana? Aku nak tukar skru Cermin Mata aku.. Ni yang aku nak cerita nih..


1 tahun lebih yang lepas, aku beli cermin mata kat England Optical kat Mahkota Parade.. Aku beli cermin mata NYC berbingkai hitam.. Pakai tak berapa lama gak.. Sampai kat rumah aku kat KL skru dia pecah.. Pecah tau.. Pecah.. Macam mana skru boleh pecah pun aku tak tahu.. So aku tukar kat England Optical, Selayang Mall for free..

Tak lama lepas tua aku balik Melaka.. Lepas 3-4 bulan skru tu pecah lagi.. kali ni diorng cakap tak leh nak warranty claim. So aku terpaksa beli bingkai baru.. Then aku buat syarat ngan dia aku leh tukar skru every month dengan England Optical.. So for every month selama 4 bulan aku tukar kat sana coz tak lama lepas tu aku dah praktikal kat KL lak.. Then aku tukar sekali kat Selayang..

And bila aku balik Melaka ni balik org tu cakap takde skru.. Memang tak bertanggungjawab.. Apa yang bleh aku cakap produk England Optical ni memang China Made (Low Quality).. Bayangkanlah skru pun bleh pecah jadi serbuk.. Seyes aku tak faham..

Alih2 aku pi kedai cermin mata lain tukar skru and kena charge RM3... Tension tul.. Aku dengan keluarga aku dengan nekadnya tak akan berurusan dengan England optical lagi. NO MORE!!!

Tutup kisah tu.. Back to previous story.


Then on 31 July 2009, aku pi library kampus. Ternyata tiada yang dapat menambah isi research aku.. Cari kat internet ler nampaknya.. Haha

Then aku balik KL dengan menaiki Delima Ekspress.
Kebetulan member office aku ada wat Tester kat Wisma Sentral, Kuala Lumpur. So aku jumpa dia jap.. Tester nasi briyani rupanya.. Huhu.. Tester ni dibuat di Jalan Stesen Sentral 5. Berdepan dengan Suhan (syarikat Rosyam Nor).
Then time balik tu, member aku (Mr Shahir) belanja aku ngan Kak Norma makan kat Papa Kopitiam, Selayang Mall.. Haha.. Aku makan Kopi Cham Ice ngan Dried Fried Mee with Curry.. Boleh ler..


Then aku dihantar pulang kira 8 malam.. Thanks Shahir.. BURP! Lain kali belanja makan lagi ek? Wakaka