Wednesday, March 26, 2014

Part 4: Bandung Trip (26/1/2013)


Hari Ke-4..

Penjelajahan kami di Bandung dimulakan dengan lawatan ke salah sebuah Shopping Mall yang famous di Bandung. Paris Van Java (PVJ)..




Tetiba jadi gayat bila kat Paris Van Java ni.. Ada taman dalam bilik air.. Perghh.. Lawa tu.. Sambil cuci tangan.. Boleh tengok Ikan dan cermin nun hujung sana.. Hehe.. Abang cleaner.. Jangan marah na..



Pelbagai butin berjenama dapat dilihat sepanjang Indoor Building yang dibuat.. Memang cantik.. Diatas bangunan ini terdapat Taman Burung Mini, Pusat Luncur Ais dan Taman Bunga (Tapi tak berapa maintain la..)





Sedang mereka sibuk main Ice Skating.. Saya pula berjalan-jalan dan ingin mencuba makanan lain yang ada di Indonesia. 

Kalau sampai sini, jangan lupa singgah ke Kentucky Friend Chicken (KFC). Kenapa KFC? Memanglah kat Malaysia pun ada KFC, tapi disini ada menu yang tak ada di Malaysia.. Colonel Yakiniku. Set ala-ala bento Jepun.. Sedap juga untuk tukar-tukar selera.. Ada nasi.. Coleslaw.. dan Yakiniku.. Nyam nyam.. 


Kalau di Malaysia kita ada Chatime.. CoolBlog.. EachACup.. Disini kita ada CALAIS. 


(Suasananya lebih santai berbanding versi Malaysia)

(Masuk kereta je kena marah.. Afiq.. Where have you been? We've been waiting for you for so long you see.. Teeheehhee)

Selesai di PVJ.. Kami meneruskan perjalanan ke sekitar kaki Tangkuban Parahu sekali lagi. Kali ini untuk memborong Alpukat (Avocado) kerana harganya disini sangat sangat sangat murah..!!! Can you imagine what if you staying here and running a Guacamole business.. Hehe..



Selesai dengan Avocado.. Time untuk melantak.. Kami ke sebuah tempat yang tak terbaik untuk kenangan apa yang dinamakan Bandung. SAPULIDI. Juga terdapat resort di Sapulidi ini. Saya bagi 5 bintang untuk layanan, makanan dan lokasi. Menu agak mahal tapi worth of experience to be here.. Tak percaya? Saksikan sendiri..

(Lobi Restoran.. Jualan kudapan tempatan ada dijual disini)


Terdapat pondok-pondok disediakan disekitar laman Sapulidi. Pilih saja tempatnya.. Pelayan akan datang melayan anda dengan menu yang enak. 






(Makanan Sunda)

(Dapur Kuih Serabi - Kuih traditional Bandung)




(Gateway ke Resort Sapulidi)

(Ni kalau Stacy nampak maunya dia rakam lagu Perahu Senja)

(Bangunan dibelakang itulah Chalet di Sapulidi)

Macam mana? Cantik tak Sapulidi ni? Sangat-sangat cantik. Dan jika saya ingin ke Bandung suatu hari nanti adalah kerana Sapulidi ini.. :) 

Makan malam pula menjadi aktiviti seterusnya.. Hampir tiada tempat yang ingin dituju kerana hujan dan masing-masing penat.. Kami ingin mencuba Mandeep Bakso Malang Asli.. 

Trust me.. Terasa malang disana. Makanannya tidak variety dan tak sedap. :p

Tamat kisah kami di Bandung... Esoknya kami pulang ke Malaysia Tanah Airku.. Nak cover jugak ke? Ahhh... Tak payah.. Ini semua poyo..


Part 3: Bandung Trip (25/1/2013)


Oh My God.. 

Lebih setahun tiada update untuk Bahagian 3 Bandung Trip. Maaf Bapak-Bapak.. Ibu-Ibu.. Sekarang saya lagi sambung ya. Bisa nga? Kalau nga bisa ya pedulilah.. Inikan blognya aku.. hehe..

Maaf saya sibuk dengan urusan belajar sampai hampir terlua meluangkan masa bersama kalian.. :)

Mari sambung PART 3: Bandung Trip (25/1/2013)

Hari ke-3 kami dimulakan dengan ke Cibaduyut. Cibaduyut merupakan sebuah kawasan syurga bagi barangan beg, kasut, dompet, dan pelbagai produk yang berasaskan kulit. Tapi tujuan kami selain untuk melihat kepelbagaian produk yang KEREN.. Kami juga mahukan sebuah produk yang dapat kami jadi kenang-kenangan yang tak dapat kami lupakan.

Dalam perjalanan kelihatan rumah-rumah yang tersergam indah dibahu jalan.. Terus teringat sinetron-sinetron di TV. Hehe.. "Heh Bawang Putih.. Tenung ke mata saya...!!" . Hehehe




Maka kami terus menuju kesebuah kedai yang menjual pelbagai design Jaket Kulit dan Sling Bag yang cantik-cantik. Pilih saja warnanya.. Pilih saja jenis kulit yang kita impikan Kulit lembu? Kulit kambing biri-biri? PVC? Apa bezanya diantara ketiga2 kulit ini.. Kulit lembu lebih keras dan sebenarnya sedikit tidak menyelesakan si pemakai sekiranya dibandingkan dengan kulit biri-biri yang jauh lebih selesa dan lembut. 



Saya memilih leather jacket biri-biri berwarna coklat dan pada masa itu juga ukuran diambil mengikut bentuk badan anda dan jaket siap 3 hari kemudian kerana bukan saya sahaja yang menempah.. Hehe.. Abang saya.. Adik lelaki saya.. Abang saya.. Semuanya menempah jaket kulit yang masing-masing suka. Kalau kat KL mahal tu.. Siyes mahal. Jaket yang saya tempah berharga RM310 bila ditukarkan ke matawang Malaysia. Hasil jahitan memang saya puas hati.

Selesai di sana kami meneruskan perjalanan kami ke sekitar Jalan Dago. Pelbagai galeri fesyen yang ada disini.. Grande.. Episode.. Jetset.. Dan banyak lagi..



Pelbagai pakaian yang menarik boleh dibeli.. Tapi tak original ya.. hehe.. Sekali lagi saya hampa kerana sukar untuk mendapatkan pakaian bagi yang berbadan gempal.. Tension.. :'(

Ah sudah.. Kini perjalanan diteruskan ke rumah Mode. 

(Gambar diatas: Bukan gambar suami isteri ya? Itu saya, adik saya dan anak buah saya. hehe)

Tempat yang wajib dikunjungi buat sesiapa yang datang ke Bandung. Kali ni dapatlah saya merasa shopping kerana ada baju dan seluar bersaiz besar dan cantik cantik belaka. Di rumah Mode ni bukan tempat shopping baju sahaja.. Juga terdapat tempat untuk bersantai-santai minum kopi.. pastry.. Such a nice place to be..

Galeri bajunya menawarkan pelbagai label berjenama seperti Guess.. Ralph Lauren.. Louis Vuitton.. Hugo.. Just name it.. You got it.. 

 (Haiyakk!! Inilah sebahagian dari dekorasi ke galeri bajunya..Yang macam kungfu tu bukan perhiasan ya..)

Tapi tak teringat pula nak ambil gambar dalam premis tersebut.. Tapi ada blogger lain yang mempunyai gambar didalam premis tersebut.

(Sumber: Gambar diambil dari blog http://theoppositeofpink.blogspot.com. Sila layari blog tersebut utk pelbagai gambar yang lebih menarik.)

(Hasil belian di Rumah Mode..)

Program kami pada hari tersebut berakhir di Rumah Mode.. 

Nantikan Bahagian 4 (Hari Ke-4) ya..


Sunday, February 24, 2013

Part 2: Bandung Trip (24/1/2013)

24 JANUARI 2013

Kini disambung jelajah liburan dari tarikh 23 Januari 2013.

Pada jam 10 pagi, kami meninggalkan hotel untuk ke lokasi seterusnya Pasar Baru.. Apa yang ada disini? Syurga membeli belah kaum hawa. Kalau perempuan datang sini.. Especially makcik-makcik.. Kakak-kakak.. Confirm terbazir masa dalam kompleks beli belah ni berjam-jam.. Kami kaum lelaki tido dalam kete je.. Huhu..

(Atas: Habislah.. Gigi siapa yang perlu dikorbankan.. hehe.. Sebenarnya.. Ini bermaksud.. Tetap gunakan Gear 1 - Untuk naik kawasan Car Park)

Habeslah viewer marah.. Mana pi gambar Pasar Baru? Saya tak snap sebab sama je macam Semua House kat KL. Bezanya lebih sempit macam kedai dalam kedai kat Jalan TAR. Huhu.. Maaf ye? Saya hidangkan panorama Bandar Bandung dari kawasan Car Park Pasar Baru ye?



(Atas: Video sekitar kota Bandung. Kedengaran muzik asli bangsa Sunda.. Basking tepi jalan dan menghiburkan pejalan kaki sekitarnya)



Seterusnya kami ke Heritage, salah sebuah lokasi shopping yang digemari pengunjung. Agak lama saya disini sebab nak baju cantik tapi saiz takde untuk saya.. Stok model2 je senang dapat baju.. Mencik.. Hehe..

Senja menjelma, kami menuju ke HDL 293 Cilaki. Saya difahamkan.. Luna Maya dan Ariel Noah (Sensasi habis) gemar berkunjung ke restoran ini. Makanan disini memang sedap..


Kami pesan beberapa menu. Antara yang menarik. Cah Kangkung Polos.. Kangkung Cah di masukkan kedalam Hot Pan and it sizzles right away to your table.. Sedap weh..

(Atas: Kelihatan dalam video ini juga cumi-cumi 3 rasa.. )


(Atas: Udang Mayonaise.. Sedap..)

Tamat liburan tanggal 24/1/2013. Bersambung di posting akan datang

Saturday, February 23, 2013

Part 1: Bandung Trip (23/01/2013)

Apa khabar bapak-bapak.. Ibu-ibu.. Dan semua teman-teman yang baru atau udah lama menjadi secret followers gue. Trima kasih semuanya.. Eh? saya bicara Bahasa Indonesia ya? Ya iyalah.. Saya mahu ngesyer gitu sama kalian tentant liburan gue di Bandung, Indonesia. Buat yang belum sampai ke sini, sini dong dengerin sama saya. 

23 JANUARI 2013

Cerita dimulakan dengan penerbangan sulung saya dengan Air Asia. Sebelum ni cuma berpeluang terbang dengan MAS. Ha.. Inilah sarapan saya dengan Air Asia. Chatime atas pesawat dan Nasi Goreng dengan 2 bantang Sate.. Oh ye.. Air Spritzer juga.. Hehe.. Makanan lebih murah jika ditempah awal di AirAsia.com. 

Why mention? Don't be selfish.. Tak semua merasa terbang. Sekurang-kurangnya dapat saya kongsikan sedikit tips menjimatkan penerbangan anda dengan pernerbangan tambah murah yang memenangi World's Best Low Cost Airline oleh Skytrax, UK.


Nom Nom Nom Nom.. Tengah-tengah merehatkan perut, mata terpandang bencana banjir yang melanda Jakarta. Dari foto di bawah kelihatan air yang melitupi bumi Jakarta.



Saya selamat tiba di Bandara Hussein Sastranegara, Bandung pada jam 8.07 pagi waktu Indonesia (9.07am waktu Malaysia) pada tanggal 23 Januari 2013 dengan penerbangan Air Asia.


Sejurus tiba, kami dibawa ke hotel tempat kami menginap oleh saudara Bobbi di Grand Setiabudi Hotel & Apartment untuk meletakkan segala bagasi yang dibawa kami.

Setelah selesai urusan drop barang di hotel, kami memulakan aktiviti pertama kami di Bandung dengan melawat destinasi popular di Bandung, Tangkuban Perahu.


Gambar diatas bukan puncaknya. Ni baru kaki gunungnya.. Hehe.. 


Ha.. Inilah tangkuban perahu.. Kejap.. Maksud saya.. Papan tandanya.. Bukan orangnya.. Ade jugak yang terlangkup saya buat nanti.. Hehe.. Disini.. Bau belerangnya sangat kuat.. Ada macam bau telur ayam tembelang jugak kekadang.. Bau agak sengit. Tapi ok la.. Sah-sah bukan bau kentut kan? Hehe.. 




Kelihatan.. Aktiviti lava masih aktif.. Dan pengunjung dilarang menghampiri kawasan tersebut bimbang tidak sedarkan diri kerana bau belerang lebih kuat di kawasan tersebut. 




Cantik kan kawasan ni? Sekiranya anda kesini, anda pasti dikerumuni oleh peniaga-peniaga "gila" yang akan mengekori anda tak kira kemanapun anda pergi sekiranya anda pernah menunjukan minat anda tentang barang-barang yang mereka niagakan. Maka, jangan pandang langsung barang tersebut. 

Jika anda masih ingin membeli barangan dari peniaga-peniaga tersebut, pastikan ia dibuat pada saat akhir sebelum anda pulang ke hotel atau ke tempat lain. Kerana pada masa ini proses rundingan lebih mudah dan sekiranya anda bijak lebih murah, berbanding sekiranya anda beli pada saat and mula-mula sampai kesini. Harga yang dijual 5 kali ganda mahalnya dari harga asal. "Gila" kan?


Pada kunjungan ini, kelihatan pelawat dari Malaysia tidak melepaskan peluang menuruni kawasan jualan walupun bertongkat. Suhu disini sedikit sejuk.


Ok.. Ni budak laki ke dak pompuan..? Hehehe.. My nephew yang dipakaikan selendang kerana hujan gerimis.. Maka lagu yang sesuai bukan lagi Gerimis Di Lautan.. Sebaliknya Gerimis Di Gunung Berapi..

Grupppp.. Perut kami lapar.. 

Setelah melewati Tangkuban Perahu, kami menuju ke Kampung Daun. Ini juga antara lokasi yang biasa dikunjungi pelancong. Menikmati makanan sunda ditemani kehijauan alam dan deruan sungai. Asyik sekali


(Atas: Deretan pondok yang menempatkan penjual jamu tradisional dan ruang pameran projek perumahan setempat)

 (Atas: Ruang jualan souvenir buat pengunjung)

(Atas: Teddy Bear penyambut tetamu.. Eh silap.. Itu saya)


(Atas: "Wastafel" means Washing Basin. Kelihatan anak sungai yang mengalir tepi pondok makan kami Nice..)

Lunch bersama driver kami di Bandung.

(Atas: Ini adalah Nasi Timbel. Makanan orang sunda. Nasi dimasak didalam timbel Rasanya sedap. Persis Nasi Lemak tapi lebih berlemak, Sedap.. Dimakan bersama Tempe Bacem, Keropo Ikan, Ayam Rempah)

Setelah selesai menjamu selera, kami pulang ke hotel untuk berehat..


(Atas: Dari jendela hotel, inilah pemandangan kami, kawasan perumahan di Bandung)

Tamat memori liburan 23 Januari, memori liburan 24 Januari 2013 akan bersambung pada post seterusnya.