Monday, November 16, 2009

Jalan-jalan.. Makan-makan..

Haaa.. hari ni aku nak share ngan korang tempat makan yang best kalau korang ni penggemar makanan.. But this time, aku akan share tempat makan makanan yg very common yet so delicious.. Tak tak caya korang sendiri datang dan cuba. Takkan rugi..

Well, after visiting Zoo Negara.. Me and my family teragak nak makan something different.. Hurm.. Dalam otak kitorng terfikirkan Masakan Padang, Curry2, or something different dari apa yang selalu kitorang makan.. Hurm..


Pusing punya pusing.. Ternampaklah.. Papan tanda Restoran Bonda. Malay Traditional Cuisine. Masakan Ikan Patin Temerloh. Hurm.. Kitorang pun bergegas masuk.. Haha..




Bila masuk dan diminta menu.. Kami dihulurkan 2 keping menu.. Ada ruang serve makanan siap.. Tapi kosong..


Ok.. Dah macam menyeramkan gak ni.. Apa yg diorang hidang kat sini. So at first aku takut2 nak order makan coz bagi aku Nasi Goreng, Kuey Teow Kungfu semua dah biasa makan.. And takde yg sedap selama kitorang makan kecuali yg best kat Cozy House Ampang Park..

Then pasal dah lapar kitoang order je la.. Layanan baik.. Dah sejuk dah hati ni..

Bila makanan dihidangkan.. Ok.. Not bad.. So kitorang try rasa.. Sedap gila beb.. Here's our rating
Kuey Teow Kungfu (Pilihan Chef) - 4 Bintang
Nasi Gorang Cili Padi & Nasi Goreng Kampung Special -
Kenapa 5 bintang? Aroma masakan dia memang mantap. Bila nasi disuapkan kedalam mulut.. Korang akan terasa suatu aroma yang lazat penuh dalam mulut korang. Rasanya? Delicious..
Minuman2 kat sini murah2 sama macam kat kedai2 lain. Puas hati.. Ruang makan yang selesa. Tak percaya? Mai datang sini. Tak rugi..

As for me and my family.. We'll come again for sure..

Overall kitorang bagi 4 bintang.
Kat mana lokasinya?
Well, korang caik kat deretan rumah kedai sebelah kanan Tesco Ampang. Bangunan tengah2 deretan kedai. Easy to find. Tak sesat punya..
Jom.. Jalan-jalan.. Makan-makan..

Friday, November 6, 2009

Sushi Halal Status..

Sebelum ni aku pernah buat posting tentang status halal Sushi King kan? Ok.. Basically, the post has been read by one blogger.. Thanks a lot. Dan beliau telah membuat sialan lanjutan kepada pihak Sushi King untuk keterangan lanjut. Berikut adalah kandungan pertanyaannya. Korang boleh baca postnya di http://lepaktime.blogspot.com/2009/08/sushi-king-halal-ke.html

Enquiry : I know that your chicken & beef are from halal supplier. How about your sushi? Do you put any sake or any other types of alcohol in your sushi? If you did, you shouldn’t do. Cause muslims can’t eat your sushi if contains any alcohol. Hope you can change it to vinegar that not contains alcohol cause muslims also want to enjoy your sushi. Thank you.

Jawapan dari Sushi King :

Dear Faeza,Thank you for your enquiry.

Sushi King is not certified 'Halal'. This is due to some of our food contains 'Mirin'.

Mirin is derived from fermentation of rice and it is commonly used in Japanese cooking to enhance the taste of food.

Following are products that contains Mirin:
1. Unagi Kabayaki
2. Unagi Slice
3. Karei Nitsuke
4. Saba Misoni
5. Mamakari
6. Ikura

On top of that, some of our restaurants do sell beer.

Hope this answers your question.

Thank you.

May you have a great day ahead!

Warmest Regards,

Marilyn Lim
Marketing Department
Sushi Kin Sdn. Bhd.
Tel: 03-56319060 Ext 283
Fax: 03-56325200

Tapi sekali lagi aku nak reming kat korang. jangan tertipu dengan jawapan "halal" yang diberikan oleh peniaga2 sushi di pasaraya2 terkemuka kat negara kita ni. Jawapan mereka kadang kala adalah jawapan bohong. Untuk memastikan sushi mereka halal. Tanyakan pada mereka untuk melihat cuka sushi yang mereka gunakan. kemudian lihatlah kandungan cuka tersebut. Sudah pasti tertera contains Sake (Arak Jepun) dalam cuka tersebut. Wallahualam. Renung2kan dan selamat makan.

P/S: Saya baru dapat tahu ada sebuah restoran sushi yang halal di Shah Alam. Pemiliknya orang bumiputera. Alhamdulillah.. At last.. Jom serbu.. http://www.oshima-restaurant.webs.com/

Wednesday, November 4, 2009

Tamat Sudah

Cerita aku sebagai seorang pelajar di bumi Melaka Tamat sudah.

2 November 2009 - Aku selamat sampai ke bumi Melaka. Pada ketika ini, fikiran aku masih serabut. Memikirkan proposal aku yang bakal direject buat sekian kalinya. Tapi pelik jugak kan? Macam mana report boleh direject kalau aku ni setiap minggu jumpa advisor. Takkan advisor aku tak tengok perkembangan aku? Habis tu apa guna aku pergi jumpa advisor setiap minggu kalau bukan untuk penambahbaikan. Kat point tu je aku dah serabut. Salah siapa? Hurm.. Cuba fikir sebentar.

Pada malamnya aku menjadi pelarian di bumi Melaka. Tumpang tidur di tempat yang sudah asing buat aku. Hehe. Tetapi jutaan terima kasih kepada sahabat2 yang sudi membenarkan diri ini untuk tumpang tidur walau buat seketika cuma.

Malam tu jugak kitorang teragak nak makan Chicken Chop kat tepi Hotel Bayview.. Makanya kami bergegas ke sana. Setibanya disana kedainya tutup.. huhu Terlupa suda kedainya tutup hari isnin. hehe. Makanya kami ke Tranquerah Bistro kat Jalan Hang Tuah.. Aku order Nasi Goreng Pattaya.. Perghh... Harga Rm 4 siot.. Rasanya? Hampeh.. Tak sedap gile.. Lagi sedap adik aku masak.. And of couse.. Tempat tu aku dah blacklist dalam senarai tempat makan area Melaka buat family aku.

3 November 2009 - Pada tarikh ini aku telah melaksanakan Presentation (VIVA) di depan 2 examiner. Pertama advisor aku. 2nd Pn Rahayu (Pensyarah baru). Pada waktu ini aku diserang bertubi2. Akan tetapi satu tembakan tu menyebabkan aku menyirap. Dan aku pasti ini adalah tindakan rational aku untuk bersuara. kalau korang sendirilahkan.. Ade ke korang nak buat sesuatu yang tak dibenarkan dalam research korang? Means.. Bende2 yang kalau advisor korang kata tak bleh.. Tapi korang buat jugak.. Ade? Takdekan? Hope so..

Mcm kes aku ni, aku disuruh buat sesuatu dalam research aku mengikut kata advisor aku. Bila masa present, examiner ni bleh tanya kenapa aku buat mcm tu. Sedangkan dia yang suruh sebelum ni. Bila time aku nak bela diri, dia mencelah dan terus2an blame aku. Ni ke cara seorang pensyarah yang berkaliber? Dimana keadilan bagi seorang pelajar? Memang ada batas bagi pelajar..Namun batasan itu tidak boleh dijadikan alasan untuk mengeksploitasikan pelajar.

Akhirnya aku keluar bilik presentation dengan wajah mencuka. Ternyata penderitaan selama 4 bulan tidak pernah berakhir selama itu. Makanyanya aku terus menyiapkan proses editing sampai kemalamnya.

Pada malamnya kami menyambung cita2 kami untuk makan Chicken Chop. Hehe. Kami ke Bayview semula.. Yeay.. kedai chiken chop tu bukak.. Sedapnya.. Aku beli Chicken Chop Mushroom, Whipped Potato, Sup Kambing, Air Jus Epal Gelas Besar.. Pergh... Tak hengat.. Sendat perut aku.. Haha.. Tgh2 makan tetiba hujan.. Nasib baik air ngan makanan nak dekat habes.. Haha

4 November 2009 - Hari ini aku bangun awal2 pagi untuk print lagi 2 copy final report yang siap diedit. Sebelum tu aku ke MARA untuk beli CD untuk diburnkan dokumen slide, research. Kemudian aku terus ke library, top up kad matrik dengan kredit dan memulakan kerja printing.

Lepas siap aku ke MARA semuala untuk binding dan masukkan CD ke dalam report. Then aku terus hantar kat bilik Advisor aku. Pastu hantar semua dokumen akhor praktikal kepada Pn Normah (koordinatoe latihan praktikal) dan makanaya.. Rasmilah aku tamat sebagai pelajar di UiTM Kampus Bandaraya Melaka.

Makanya berakhirlah ceritaku sebagai pelajar di bumi Melaka. Tamat sudah.