Sewaktu lelaki mengaktifkan talian berbual internetnya.. Terpapar nama wanita itu pada skrinnya.. Maka lelaki itu terus memulakan langkah pertamanya untuk menyapa wanita itu.
Ternyata wanita itu gembira dapat berhubung dengan 'rakan" lamanya itu..
Mereka berhubung hampir setiap malam bertanyakan perkembangan semasa mereka..
Sehingga satu ketika.. Wanita itu berkata dirinya susah untuk jatuh cinta dan akan setia dengan kekasih pertama hingga ke akhir nyawanya..
Katanya.. "Siapalah saya.. Sebab tu takde sape yang sukakan saya time sekolah dulu.."
Kemudian kata lelaki itu tiada apa yang kurang malah kata lelaki itu ada yang meminati wanita itu di zaman persekolahan..
Wanita itu seakan tidak percaya dan bertungkus lumus mencari siapa gerangan lelaki itu..
Lelaki itu pada awalnya berkeras merahsiakan..
Namun terungkai jua selepas wanita itu menyatakan bahawa dia pernah meminati dan suka pada lelaki itu.. Katanya.. "Saya sukakan awak.. kerana awak lemah lembut.. Caring sangat.."
Maka lelaki itu turut meluahkan isi hati yang pernah ada dalam hatinya dulu..
Masing2 terkesima seketika.. Dan hanya mampu tertawa mengenangkan kisah yang telah lama berlalu..
Andai kata lelaki itu telah memulakan langkahnya pada satu ketika dahulu.. Sudah pasti mereka bahagia hingga ke hari ini...
Dan sehingga hari ini lelaki itu keseorangan tanpa seorang yang bergelar kekasih..
No comments:
Post a Comment