Saturday, March 28, 2009

Ada Cinta (Part 2)

Sewaktu lelaki mengaktifkan talian berbual internetnya.. Terpapar nama wanita itu pada skrinnya.. Maka lelaki itu terus memulakan langkah pertamanya untuk menyapa wanita itu.

Ternyata wanita itu gembira dapat berhubung dengan 'rakan" lamanya itu..

Mereka berhubung hampir setiap malam bertanyakan perkembangan semasa mereka..

Sehingga satu ketika.. Wanita itu berkata dirinya susah untuk jatuh cinta dan akan setia dengan kekasih pertama hingga ke akhir nyawanya..

Katanya.. "Siapalah saya.. Sebab tu takde sape yang sukakan saya time sekolah dulu.."

Kemudian kata lelaki itu tiada apa yang kurang malah kata lelaki itu ada yang meminati wanita itu di zaman persekolahan..

Wanita itu seakan tidak percaya dan bertungkus lumus mencari siapa gerangan lelaki itu..

Lelaki itu pada awalnya berkeras merahsiakan..

Namun terungkai jua selepas wanita itu menyatakan bahawa dia pernah meminati dan suka pada lelaki itu.. Katanya.. "Saya sukakan awak.. kerana awak lemah lembut.. Caring sangat.."

Maka lelaki itu turut meluahkan isi hati yang pernah ada dalam hatinya dulu..

Masing2 terkesima seketika.. Dan hanya mampu tertawa mengenangkan kisah yang telah lama berlalu..

Andai kata lelaki itu telah memulakan langkahnya pada satu ketika dahulu.. Sudah pasti mereka bahagia hingga ke hari ini...

Dan sehingga hari ini lelaki itu keseorangan tanpa seorang yang bergelar kekasih..

Friday, March 27, 2009

Ada Cinta (Part 1)


Aku nak share ngan korang.. Cerita yang sangat rapat dengan lirik Ada Cinta kat post bawah ni..
For me it's quite tragic.. Sedih jugak.. but hey.. There must be a reason for all this..

Kisah seorang lelaki yang tak pernah meluahkan hati pada si dia selepas dirinya langsung tak ada keberanian untuk melakukannya..

Di zaman sekolahnya.. lelaki itu pernah meminati seorang gadis yang lemah lembut dan baik orangnya.. Mereka berkenalan tapi masih malu2 untuk terlalu rapat..

Si lelaki sukakan gadis itu tapi terlalu takut dan malu nak luahkan pada si dia.. Katanya "Aku buruk.. Aku tak sesegak lelaki yang lain.. Siapa aku nak dibandingkan dengan dia.. Serba kurang aku ni"

Maka si lelaki itu tidak meluahkan isi hatinya sepanjang waktu persekolahannya..

Setelah tamat zaman sekolah.. lelaki itu mencari2 gadis itu.. namun gagal kerana tidak menyimpan alamat dan nombor telefon gadis itu..

Zaman berlalu.. Sejarah berlalu.. Detik berdetik..

Setelah 5 tahun berlalu..

Telefon berdering ditangan lelaki itu.. Lelaki itu mendapat tahu bahawa wanita itu telah berkahwin dan mempunyai seorang anak.. Dan kini wanita itu berada di luar negara untuk menyambung pelajarannya..

Lelaki itu terjumpa profil wanita itu dalam Facebook miliknya.. Dan mereka berhubung kembali..

Sampai satu ketika...

(Bersambung...)

Ada Cinta

Ucapkanlah kasih satu kata yang kunantikan
Sebab ku tak mampu membaca matamu
Mendengar bisikmu

Nyanyikanlah kasih senandung kata hatimu
Sebab ku tak sanggup mengartikan getar ini
Sebab ku meragu pada dirimu

Mengapa berat ungkapkan cinta
Padahal ia ada
Dalam rinai hujan, dalam terang bulan,
Juga dalam sedu sedan

Mengapa sulit mengaku cinta
Padahal ia terasa
Dalam rindu dendam, hening malam
Cinta.. terasa ada

Sunday, March 22, 2009

Akademi Fantasia 7

New year.. New AF.. New tranformation..

Tapi macam takde yg transform je.. Sama je.. even bosan..

First concert mcm nak wat gempak.. Tapi jadi mcm hapak je.. Tak nampak lagi talent yg sesuai..

Second concert Nas Adila tersingkir.. Kesian dia.. Bagi aku dia mmg antara yg ok for that night..

Ada yg even worse.. Tapi terselamat.. Macam mana tu? Oh yea.. AF.. Akademi Favouritisma.. Asal dahi licin.. Muka cam hape ntah jalan.. Undi masuk bertubi.. better AF tukar je format dia.. Jadikan dia Akademi Dahi Licin..

Aku tak tahu apa sebenarnya yang ada dalam pemikiran rakyat Malaysia ni yg rata2 perempuannya gedik.. Pantang mamat tu hensem nangis meraban.. "Owh.. I love him".. "Oh please.. Make love to me.." Hotak ko.. bodoh.. Org tangok bakat ler bahalol.. bukan rupa atau watak "Alim" orang tu.. Yg 'Alim' tu alim sangat ke?

Berubahlah rakyat Malaysia.. Pertandingan realiti ni untuk mencari bakat.. Bukan rupa.. Adoiiaii..

Evil Inside

Hello.. Lama gak aku tak update blog nih.. Huhu.. Busy kot..

Aku nak share ngan korang sedikit sebanyak tentang problem aku..

Aku perasan lately (Semester 5) ni aku dah start menjadi umpama Syaitan ni Rajim..

Tak Tahu kenapa.. Cepat tak puas hati.. Mungkin pasal dah terlalu tension.. Dah tak dapat nak tampung.. So org silap sikit for sure kena BANG.. silap sikit BANG.. Akhirnya semua yang berada kat tepi aku Hangus Terbakar walau kata mereka mereka sedikit pun tak melecur...

Mungkin pasal aku dah bosan jadi "Budak baik".. Perangai aku semua org nak persoal... So aku harap bila aku dah jadi macam ni jangan ada yg berani persoal.. Aku dah bosan dan muak..

So kepada yang dah terasa tu.. Sorry.. Can't help it..

Saturday, March 7, 2009

Makan-makan..

4/3/09 yang lepas bebudak PMP, MPP, and YDP persatuan diberi jamuan sebagai penghargaan diatas kerjasama yang diberikan kepada Kampus Bandaraya Melaka..


At first aku tak nak pi atas sebab2 tertentu.. But then atas desakan beberapa member PMP.. Maka aku gagahkan jugak diri untuk pi majlis ni.. Sebelum majlis bermula kitorang kena sembahyang berjemaah dgn Pengarah Kampus.. Huhu..

Sepohon kayu dayunnya rimbun.. Waaa... UP!

Majlis ni dibuat di Muara Ikan Bakar kat Alai.. Tepi Sungai Dutung tempat bersejarah buat Datuk PM Dr Mizan Bin Hitam, Pengarah UiTM Melaka...

(Acap yang sedang selere makan : 4 pinggan nasik lemak tu..)

(Aku dan penulis Blog : Nadzrah Territory)

(Adabi.. Melazatkan..)


(Gabungan PMP lama dan baru = Yogurt)

(Gambar tragis : Terguling di jalan raya)


So.. Enjoy the pictures..







Tuesday, March 3, 2009

Alexandra Burke

Kali ni aku nak share ngan korang tentang perasaan aku.. Wahaha.. Kebelakangan ni telinga aku asyik terngiang2 suara artis baru yg cambest.. Mmg best aku suka.. Dia ni lahir dari program X-Factor kat Britain.. X-Factor ni ala2 OIAM, Akademi Fantasia.. Paling tepat macam Mentor kat TV3.. Tapi ini memang aku tabik coz peserta dia mmg nampak professional..

Sorry to say.. Peserta2 realiti TV kat Malaysia ni about 70% hanya nak jual muka kat TV tapi bakat yilek.. Tak best langsung.. Masa ujibakat guling2 nangis cakap nak berjaya.. Dah masuk.. Apa jadi? Hidup segan mati tak mau...

Sedap suara peserta Britain ni.. Nama dia Alexandra Burke. Performance dia mmg best.. Suara tebabom MELETUP.. Hope artis2 Malaysia boleh mengambil diorang ni sebagai contoh..

Ini link videonya:
http://www.youtube.com/watch?v=LM8U5l7yMvQ