Hi! Maaf untuk kesekian kalinya kerana telah lama meninggalkan bolg ini berhabuk..
Saya memang sibuk akhir-akhir ni.. Mana nak kejarkan assignment Universiti.. Mana nak uruskan Ladang.. Ladang? Ye.. Saya ada Ladang kat dalam Farmville2.. Tekun hari-hari nak bagi ayam, kambing, arnab dan haiwan-haiwan lain makan.. Kebuloq mereka tak makan nanti.. Kesian.. hehehe.. Bukan apa.. Dengan game dalam Facebook la saya melepaskan stress harian.. :)
Selain dari assignment dan ladang.. Saya juga ada mengambil tempahan Cakes & Desserts.. Baik untuk majlis Hari Jadi, Hari Pertunangan, Hantaran Majlis Perkahwinan.. Itulah ceritanya..
Kalau anda anda dan anda sudi, silalah berkunjung ke blog Afiq's Kitchen di www.afiqskitchen.blogspot.com
Atau jika anda lebih gemar berFacebook, boleh melayarinya di www.facebook.com/afiqskitchen
Produk-produk buatan saya dihasilkan dengan mutu yang terbaik dan lebih murah dari harga pasaran. Kalau ada yang jual lagi murah, meh cerita kat saya.. :) Hehe..
Hi! Bersiaran lagi di petang Rabu (skrip pengacaraan tv lah pulak.. Hehe..). Kini Part 4 disambung sehingga tamat cerita Negeri Sarawak dari saya buat edisi kali ini.
JENG JENG.. Apakah pose itu? Sebenarnya.. Saya hampir tersungkur ke dalam kolam air itu (KECEBUSH). Kerana "stepping stone" itu bergerak ketika saya berjalan diatasnya.. Nak tak nak pose cover daripada saya sebelum sekiranya saya jatuh tanpa apa-apa pose. Yelah.. buat penat je berdiri atas batu tu.. Hehe..
Panorama Dewan Bandara Kuching Utara
Cantik sungguh landskapnya.. Boleh picnic lagi disini.. Angin pun sepoi-sepo bahasa..Nyaman.. Oh silap.. Di Sarawak "Nyaman" maksudnya Sedap.. Tapi kalau Nyaman orang semenanjung disini apa pula "kelaka"nya ya?
Remy Ishak.. Eh silap.. Ini rakan setugas saya ke Sarawak.. Fadly Amri..
Pemandangan Masjid Jamek Kuching, Sarawak dari luar..
Pustaka Negeri Sarawak
Borneo Convention Centre
Dan tibalah masa kami pulang ke Kuala Lumpur.
2 tiket telah tesedia buat kami. Economy Class dari Malaysia Airlines sememangnya tidak pernah menghampakan. Inginkan keselesaan? Pilihlah Malaysia Airlines sebagai rakan penerbangan anda.
Memori indah di Negeri Sarawak sememangnya tidak mampu dilupakan. Melayu Cina India serta kaum majoriti Negeri Sarawak yang lain kesemuanya hidup serumpun. Nila hormat menghormati antara satu sama lain sememangnya sebuah nilai yang dapat kita lihat disini. Respect Sarawak..!!!
Selamat tinggal Bumi Kenyalang. Suatu hari nanti pasti aku akan kembali kesini.. Pesawat meninggalkan tanah Sarawak..
P/s: Kesemua foto didalam siri ini diambil dengan menggunakan kamera Canon Digital IXUS 951S. Tiada DSLR diperlukan disini. Terima kasih Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) diatas peluang ini.
Gosh.. Lama sudah tak update blog ni. Maaf sebab saya sedikit sibuk dengan perkara-perkara pelajaran saya yang masih belum selesai. Gomenasai..!!!
Kini saya sambung jurnal pengembaraan saya di bumi Kenyalang yang sudah lama tertangguh..
Dari Pasar MJC, kita beralih pula ke Kuching Waterfront semula.. Kali ni saya ke medan seleranya pula. Sekali lagi saya mencari Mee Kolok dan TADAA!! Mee Kolok yang didamba berada didepan mata. Hehe..
Ternyata Mee Kolok amat nyaman (Sedap) sekali apabila ia menyentuh deria rasa ciptaan tuhan ini. Kenapa asyik Mee Kolok & Laksa Sarawak je? Sebab di semenanjung susah nak dapat.. Hehe..
Sementara saya menjamah Mee Kolok, sahabat saya pula menikmati menu bencana alam. Bencana Alam? Ya... Namanya Nasi Goreng Tsunami.. Haa.. hebat tak namanya.. Nasi Goreng ini sebenarnya disediakan dengan cara membalut nasi goreng dengan telur (Ala Nasi Goreng Pattaya), yang membuatkan kelainan pada menu ini adalah limpahan sos 3 rasa beserta beberapa ekor udang bersama hidangan. Sedap makan panas-panas.
Selesai makan malam, kami berjalan disekitar waterfront dan langkah kanan bagi kami apabila pada malam tersebut turut diadakan pertandingan Ratu Kebaya.. Pewitt..!! Hehe.. Sememangnya cantik gadis-gadis sarawak ni..
Lagu Gadis Sarawak nyanyian Hasnol sedikit sebanyak menceritakan kecantikkan gadis-gadis Sarawak ini.
Di malam keesokkan harinya, saya berkesempatan untuk berkunjung ke sebuah restoran makanan segera yang menghidangkan makan secara buffet dan cukup terkenal di Kuching. Namanya. Chicken Hartz. Dengar cerita di Sunwat Piramid pun ada restoran tersebut.
Alkisahnya.. Saya baru pertama kali berkunjung ke Restoran tersebut dan tidak tahu menahu peraturan restoran tersebut sebelum ditegur staf restoran tersebut gara-gara tindakan saya mengambil ganbar dikawasan hidangan makanan. Dilarang mengambil gambar makanan yang dihidangkan. Alkisahnya.. Manalah saya tahu... Hehe.. Maka saya tidak akan publish gambarnya disini. Tett!!! Apa-apa pun.. Saya kurang gemarkan makanan disitu.. Ayam kering (Non-juicy), kentang terlalu kering (Mcm makan recycled potato chips)..
Keesokkan harinya, sewaktu makan tengahari, saya dan rakan dari UiTM Samarahan singgah ke sebuah restoran yang juga terkenal di Kuching. Namanya.. Jeng Jeng Jeng... SCR Xpress!!!
Untuk destinasi kali ini, saya ke SCR XPress cawangan bandar Satok. Kami menunggu lama untuk mendapatkan menu untuk dipesan. Lama menunggu, maka saya mengangkat tangan untuk meminta menu. Datang sahaja pelayannya, terus diCAMPAKkan menu nya ke atas meja kami. Agak kurang sopan disitu.
Lantas saya memesan Chicken Rice biasa sebab dah malas nak jenguk menu lain.. Sakit hati aku.. Maka terhidanglah
Ayam takik dibawa berlayar..
Sampan sangkut diatas meja..
Malas mencekik tapi berbayar..
Nasi bak lukut di tepi baja..
That's my first and last to SCR Restaurant so far.. Haha.. Nak pergi lagi ke? Sedap lagi Chicken Rice Shop..
Setelah kerja tamat awal, saya berpeluang ke meronda hampir kesemua Pusat Jualan/Kilang Kek Lapis di Sarawak.. Dan telah saya merasa kesemua kek lapis yang mereka tawarkan. Dan telah ternyata hanya sebuah kilang sahaja yang menghasilkan Kek Lapis Sarawak yang benar-benar enak dan lebih mengujakan, ianya dijual pada harga yang sangat berpatutan. Saya ulangi sangat berpatutan. Two thumbs up.!! (Saya tidak dibayar untuk pujian ini.. Kerana saya lakukan yang terbaik untuk pembaca yang percayakan deria rasa saya.. Saya cerewet bab makanan)
Saya perkenalkan KEK LAPIS DAYANG SALHAH
Di Dayang Salhah, pengunjung boleh merasa kesemua jenis Kek Lapis yang mereka tawarkan di sebuah sudut Kilang tersebut. Benar-benar saya rasakan bagai datang beraya di Kilang tersebut. Siap ada air minuman tau. Semua Kek yang dihasilkan sedap-sedap belaka. Tak percaya? Mari kesini..
Kek Lapis Dayang Salhah terletak betul-betul diseberang sungai dari bangunan Hotel Grand Margherita & Sarawak Plaza Shopping Complex. Anda boleh menaiki sampan yang disediakan dengan sedikit bayaran dikenakan. Tapi sangat berbaloi.
Para pebeli tidak perlu risau bagaimana untuk menghantar pulak Kek Lapis kegemaran anda ke Semenanjung nanti.. :) Kek Lapis tadi akan dimasukkan kedalam kotak dan dibalut dengan plastik berserta stiker Fragile dan menyenangkan anda untuk membawanya kedalam Cabin pesawat untuk pulang kesemenanjung nanti. :) Senang kan?
Selesai borang sakan saya dibawa pula berkunjung ke sebuah kawasan perumahan di Kuching. Disini terletaknya rumah Hafiz AF7 menurut perkhabaran sahabat saya dari Sarawak. Rumah ini ketika itu masih dalam proses renovation. Habislah kena marah nanti.. :p
Kemudian kami berdesup ke Dewan Bandaraya Kuching Utara pula. Cuaca disini amat baik dan hampir kesemua gambar dapat diambil dengan sempurna dan cantik. Saya sangat sukakannya..
Sebelum saya siarkan pemandang disekitar Dewan Bandaraya Kuching Utara, saya ingin kongsikan foto sewaktu kunjungan saya di Muzium Kuching.. Meow Meow..
(Saya dan kucing-kucing gergasi.. Ah!! Hentikan menjilat saya..! Pengsan~ @.@)
(Koleksi Pinggan Porselin Kucing)
(Kucing menggatal.. Apakah? Hehe..)
(Kraf patung kucing dari cengkerang siput)
(Kucing Rockers pengaruh Jepun.. hehe)
(Manaki Neko - Lucky Cat - Kucing Membawa Tuah)
Dan akhir sekali.. Kucing Sewel..
Dan beginilah rupa muzium kucing tersebut dari sebuah sudut..
Ha.. Seronok tak? Jom Ke Kuching Sarawak..!!
Pada ketika huruf-huruf ini diketik di papan kekunci, urat mata saya sudah berdenyut-denyut minta direhatkan seketika.. Maka.. Fotografi sekitar Dewan Bandaraya Kuching Utara akan saya siarkan pada posting akan datang.. Nantikan Part 4 pula ya? Jangan marah.. :)
Hi.. Setelah lama mendiamkan diri kerana sibuk (Sibuk ke?).. Hehe.. Kina saya kembali dengan Sarawak Bumi Kenyalang Bahagian Ke-2.
Bersambung dari eksplorasi harian saya sebelum ni, keesokkan harinya, saya dibawa untuk menikmati Laksa Sarawak.
Ha.. Laksa Sarawak bukanlah pengalaman yang baru dalam hidup saya ketika itu tetapi merupakan pengalaman menikmati makanan yang nyaman itu buat kali kedua. Pertama kali saya menikmati Laksa Sarawak adalah ketika saya berkunjung ke rumah abang saya, dan kebetulan padi hari itu, jiran abang saya (Orang Sarawak) memberikan sedikit Laksa Sarawak
sempena Hari Raya. Dan itulah pengalaman saya yang pertama kali mencuba Laksa Sarawak.
Aroma Laksa Sarawak ni memang harum bagi saya kerana baunya cukup kaya dengan ulam-ulaman yang segar. Nak tahu apa rasa Laksa Sarawak? Sekiranya anda pernah merasa Ma'jun (Supplement orang berpantang). Begitulah rasanya cuma kali ini terasa manis2 santan di hujung rasanya. Mantap!
Saya dibawa ke restoran Nyonya di sekitar Bandar Kuching, menurut rakan saya, restoran ini menyajikan hanya makanan yang halal dan menjadi rutin harian warga pekan itu untuk menikmati Laksa Sarawak sebagai sajian sarapan sehari2, selain dari pilihan alternatif sarapan biasa seperti nasi lemak, roti canai dan kuih-muih.
Kemudian aktiviti kerja di Sarawak diteruskan di pejabat FAMA Sarawak separuh hari berikutan Sembahyang Jumaat bakal menyusul sebentar lagi.
Pada waktu Zuhur, kami dibawa ke Masjid Jamek Kuching Sarawak. Pertama kali saya menjejakkan kaki ke masjid yang penuh dengan dekorasi dan disemarakkan dengan bauan kayu gaharu yang dibakar dalam tempat pembakar khas. Sangat kuat baunya. Juga satu pengalaman baru apabila melihat saf Muslimin dan Muslimat diletakkan bersebelahan, tidak seperti di semenanjung, saf lelaki dihadapan, saf wanita dibelakang.
Selesai Solat Jumaat, kami menikmati makan tengahari direstoran bawah pokok dekat Petrajaya, sebelum bertolak ke Tapak Pasar Malam MJC untuk tujuan pendaftran usahawan disana pula.
Begitulah suasana Pasar Malam MJC. Sangat meriah dan panjang sekali.
Kesemua peniaga sedang membuat persiapan
Ha.. Siap bawa kolam ikan untuk memastikan setiap ikan yang dijual hidup segar sehingga dibeli pelanggan.
Midin (Paku pakis bumi Sabah Sarawak) Sedap rasanya.. Rasanya seperti pucuk paku semenanjung cuma terksturnya lebih berlendir dan lembut serta manis.
Haa... Selesai di MJC.. Nantikan sambungan Bahagian ke-3 ya?