Monday, June 29, 2009

Assigned for Outstation @ Terengganu for 4 Days

Kalau korang ada profil Facebook aku mesti korang ada terbaca Post aku yang bertajuk diatas.. Jadi mari aku share pengalaman aku disana…

FAMA telah member tugas kepada aku dan rakan praktikal aku Rais Iskandar untuk outstation ke Terengganu untuk Ekspo IAT 2009 – Terengganu.. Ekspo ni diadakan secara tour ke seluruh Malaysia.. Aku dengan kawan aku ditempatkan di booth HQ FAMA coz kitorang mmg dari HQ FAMA pun.. huhu.. Takkan nak letak kat booth FAMA Negeri.. Kui3..

So beginilah diarinya..


25.06.2009 (Khamis)
BERGERAK KE TERENGGANU


Untuk travel ke Terengganu, aku naik bas Transnasional pukul 10pg dari Hentian Putra, Kuala Lumpur.
So aku jumpa member aku si Rais kat sana coz dia yg tolong beli tiket aku pada hari semalamnya..


Pukul 10 pagi je bas terus gerak.. then Bas stop kat Kuantan untuk rehat.. Then bas meneruskan perjalanan selepas 45minit..


So kitorang sampai ke Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Terengganu pada pukul 5.33ptg.. Berapa jam tuh? 7 Jam Setengah.. Adoi.. Sakit pinggang aku.. Hehe
Sesampainnya kat sana kitorang terus check in kat YT Midtown Hotel, Kuala Terengganu yg terletak di pekan Kuala Terengganu.. Dekat je dengan Dataran Shahbandar, tempat ekspo tu akan dijalankan.. Dalam bilik tu member kitorang si Hafli dah sampai dulu satu hari sebelum kitorang sampai.. Dia yg tolong check in kan.. Fuuhh..
Malam sikit member Hafli dating bawak kitorang jejalan kat Pantai Batu Burok.. Mmg gelap.. Then aku temankan member2 aku ni makan kat A&W… Aku minum float je.. Sebab kenyang lagi coz makan kay bilik hotel earlier.. Hehe
Then aku melawat stadium yang runtuh tu.. Airport atas tambakan laut.. Dan pemandangan malam di Kuala Terengganu..
Pastu kitorang balik hotel.. Dan kami kepenatan lalu tidur dengan nyenyaknya,,



26.06.09 (Jumaat)
OHAIYO GOZAIMASU.. Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi.. Aku bangun dan ketandas dan bersiap sedia untuk breakfast ‘Buffet’ kat hotel tu sebelum aku mengejut 2 kawan aku yg masih tidor.. BANGUN.. Breakfast..
Maka kami bergerak ke kafenya.. Sesampainya di sana terus aku terpaku melihat kafenya.. Is this the cafĂ©? Really? Oh okay.. Budget hotel.. What do you expect..? Cekodok, Bihun Goreng, Pancake, Bean in tomato with eggs.. Tea & Coffee.. That’s it..



Kitorang pun makan sekadar melepaskan lapar dan sebagai bekalan tenaga untuk bertugas sebentar lagi… Nyam Nyam Nyam.. Abesss…
Pukul 9.45 pagi aku degan Rais dihantar ke Dataran Shahbandar sementara Hafli terpaksa balik coz dia nak bertunang.. Tinggallah aku ngan Rais.. Sadis gila..


(Si Rais Iskandar yang berjalan dengan tangan dalam poket.. Elehz.. macho lah tu.. HUH..!)
Sesampai je kat booth tu kitorang tengok kosong je.. Backdrop takde.. Apa2 pun takde.. Tak lama lepas tu Kak Siti (from HQ FAMA yg dtg dgn husband dia) tiba dengan backdrop... So kitorang pun start setting booth dgn Baeknya.. huhu
(Aku yang semakin gemok)
Ramai pengunjung.. Terima kasih rakyat Terengganu di atas sambutan hangat anda..!
After that kitorg pun jaga booth tu.. Sampai 10 malam tapi in between kitorang wat giliran tukar shift untuk persediaan Sembahyang Jumaat and tandas and hotel.. Nak jadi cerita.. Lepas sembahyang Jumaat tu takde sape kat booth and hujan turu mencurah2 dengan angin kencang menyebabkan pamphlet and props2 kat booth kitorang kuyup ditimpa air hujan… Huaaaa
Maka kitorang kemas balik tempat tu.. Huhu.. Minta simpati peniaga lain untuk sekeping tisu.. Sadis.. Hanya untuk mengelap meja booth kami.. Sedih..
Then aku beli laksam.. Cream Puff, Satar, Pulut panggang.. Kerja aku makan je.. Hehe.. ye la.. murah tu beb..Satar 4biji seringgit.. Cream puff 4 seringgit.. Laksam RM 2.50.. Pulut panggang 3 seriggit.. Otak2 3 seriggit.. MURAH TAK? So aku jaga booth samba makan.. memang tak beretika sungguh.. Huhu..
After the whole day kitorng balik hotel dan.. TIDO..

27.06.2009 (Sabtu)
OHAIYO GOZAIMASU.. Sama macam semalam.. Breakfast and gerak pi tempat kerja.. Hari agak baik.. Belah tengahari tak ramai pengunjung tapi bila beransur malam orang ramai membanjiri tapak ekspo.. Sama macam semalam..
Seperti biasa tugas aku untuk menyalurkan info tentang FAMA kepada pengunjung dan Usahawan yang singgah ke booth kami..

(Separuh je kepala aku? Cis..)

Pastu ada sesi karaoke.. So aku pun amik pelua ng berkaraoke gak.. Kau pilih lagi Biarlah Bulan Bicara nyanyian asal Broery Marantika..
Dalam pukul 9.30mlm.. dtg sorang pak cik ni mintak aku explain tentang FAMA.. Ni dialog dia
Aku mulakan dengan
“Salam.. Pakcik ni brochure FAMA kalau encik nak tahu lebih lanjut tentang FAMA. FAMA ditubuhkan buat membantu para usahawan”
“APA?! “Tanya pakcik tu sambil geleng2 dan membelek brochure tu..
Aku ulang bail ayat aku tapi dengan nada yang tinggi sikit coz aku fikir pak cik ni ada masalah pendengaran.. Lagi sekali dia geleng.. Sambil membelek2..
Aku teruskan je dialog aku.. ”Sekiranya pakcik ada satu produk mcm serbuk kari ke.. sos ke, FAMA boleh tolong pakcik untuk pasarkan produk Encik atau buat pembungkusan yang menarik un tuk produk encik..”
Dia dok geleng2 lagi.. Dalam hati aku berkata.. Pak cik ni tak betul je? Pelik gak aku..
Pastu dia cakap “Saya tak percaya dengan FAMA!” “ Pakcik Saya ada bela itik.. dalam 200 telur itik tu dibuat telur asin.. Pak cik saya pi FAMA.. Orang FAMA cakap tak leh jual la apa la.. FAMA ni cekik darah.. Beli barang murah dari orang PKS pastu jual mahal!”
Hati aku terbakar gak dgn pak cik ni secara jujurnya.. Aku ni dak praktikal..
“You know what? Government should help but not to take advantage on PKS people”
Aduh pak cik ni.. Sedap mulut berkata2.. Tp aku iyakan dan berlagak bodoh je.. Kang lawan bertaburan lak meja tu.. Pasal aku fikirkan dia customer aku diam je…
STOP bout that story lain hari aku sambung ok?
Lepas tu aku entertain pengunjung lain mcm biasa…
Then aku balik hotel ad tido.. Sebelum tu aku makan Otak2.. Banyak aku beli.. Ye la.. Murah.. 3biji sehengget je.. Kenyang beb.



28.06.2009 (Ahad)

Bangun pagi.. Breakfast.. then packing balik.. Banyak aku beli sebagai ole2.. Keropok lekor.. Kerepek.. Perencah2.. 9.30pg kitorang check out.. 10pg naik bas balik KL..

Begitulah diarinya..

Sunday, June 21, 2009

FAMA

Basically, kalau korang dah baca post aku sebelum ni bermakna korang dah tahu aku praktikal kat mana kan..? Right..
So kali ni. Meh aku ceritakan tentang tempat praktikal aku yg BESH ni..

FAMA ni ditubuhkan untuk memajukan pemasaran makanan hasil pertanian Malaysia through import & export..

So aku ditempatkan di bahagian Industri Asas Tani (IAT).. Bahagian ni ler yang bertanggungjawab dalam penganjuran Ekspo IAT.. Even untuk MAHA pun Fama terlibat.. Lebih2 lagi bahagian IAT dibawah FAMA..

(Office aku - Bahagian IAT)

Bangga den kerja kat sini.. Hehe..


(Desk Aku.. hehe.. Best tau..)


Untuk first day kat sini.. Aku dapat projek yg besar bagi menghasilkan Manual Kerja Perlaksanaan Program Ekspo IAT & Karnival Jualan Promosi Produk IAT Usahawan Di Bawah Jabatan / MOAinc Melalui Program Pembangunan Industri Asas Tani FAMA..

Manual ni akan digunakan oleh semua cawangan FAMA seluruh Malaysia.. Aku dengan kembang idungnya mmg bangga sbb dapat peluang ni..

Lepas siap manual nih.. Aku dapat kerja lagi... Aku ngan sorang lagi member praktikal aku Rais Asraf dari UiTM Arau buat guide untuk syarikat luar untuk penghasilan slide (Visual Aids) untuk ekspo yang akan datang.. best..

(Dari kiri : Kak Farah, Kak Min, Taufik)


Tuesday, June 16, 2009

Practical Training


Lama gila aku tak update Blog kesayangan aku nih.. Well.. Salah satu sebabnya kerana aku sibuk dengan Industrial Training aku.. After facing some stupid problem with one stupid company.. At last aku dapat gak buat Practical Training aku kat FAMA Selayang..


Sesungguhnya memang ada hikmah disebalik masalah yang timbul dulu.. Hari pertama aku kat FAMA aku dah dapat buat kerja.. Aku ditugaskan untuk buat satu kerja kecil untuk Expo Industri Asas Tani FAMA.. Hehe.. Dah macam budak Marketing lak aku nih.. Tapi aku bersyukur di atas exposure ni..


Office Mate kat sini semua very friendly.. I'm so glad to be here.. Environment dia mmg menyelesakan untuk aku.. Less Pressure.. So far takde peristiwa menjadi kuli syarikat time training mcm some of organization wat untuk Practical students.. Apa salah mereka..?


Ada yang dikulikan tapi tak berbayar.. Habis diorang diperah kering2.. Tapi apa yang diorang dapat..? Where's the justice..?


Berbalik pada FAMA.. Bos dia pun best2.. friendly.. Boleh ajak berbual.. Memang best..


Thanks to FAMA for this wonderful opportunity..

Thursday, June 4, 2009

OLD TOWN WHITE COFFEE x HALAL


From: www.aynkecik.wordpress.com
Assalamualaikum…


Rupa2nya OLD TOWN WHITE COFFEE x HALAL yea? aku bukan main sedap lg pegi makan asam laksa kat sana…aduhai…Harap je ade logo HALAL tp rupanya x…aku search kt internet smlm n dpt artikel psl ni..korang baca lah…


WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam ‘WCOK’ telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Di mana di awal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.


Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenalpasti HARAMnya ialah:-
- Nissin Noodles (Mee Segera Nissin Noodles) yang diimport dari Hong Kong (tertulis di paket bungkusan)
- Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish & Nissin Noodles juga diragui status halalnya. Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam 1999 tiada di pasaran Malaysia yang menjual Daging Salai HALAL. Perkara ini anda boleh rujuk kepada para penyelidik, pensyarah & pelajar di Fakulti/ Jabatan Perhotelan @ F&B / Food & Beverages.
- Minyak yang digunakan di dalam penyediaan menu ‘Ipoh Ho Fun @ Ipoh Kuew Teaw Sup’. Minyak tersebut dihasilkan sendiri oleh WCOK dan tidak terdapat di pasaran. Hanya diberitahu ianya minyak udang. Tetapi adakah ianya benar & tiada campuran lain?
- Herbal Jelly adalah produk yang diimport daripada China. Diberitakan, antara isi kandungannya adalah kulit kura-kura. Khasiatnya dikatakan dapat memanaskan anggota dalaman badan (persoalannya – bolehkan UMAT ISLAM makan yang terhasil daripada KURA-KURA)
Apa yang membuatkan UMAT ISLAM di Malaysia TERPEDAYA dengan status HALALnya ialah salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM PERAK @ ‘JAIPK’ pada beberapa produknya dijaja dengan mengatakan JAIPK akan memberi STATUS HALAL pada semua produknya yang sehiingga kini (dari awal penubuhnnya- dekat 10 tahun dah) masih lagi tidak diperoleh. Sila layari laman Web WCOK. Hanya sijil halal bagi beberapa produk yang disahkan oleh JAIPK yang dijajanya. Berbagai anugerah telah diperolehi, namun STATUS HALAL BAGI RESTORANNYA masih lagi TIDAK BERJAYA DIPEROLEHI. KENAPA & MENGAPA? Maka itulah umat Islam di negara ini terpedaya dengan helah apabila nama JAIPK digunakan.


Selain daripada penyalahgunaan Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAIPK umat Islam juga terpedaya dengan paparan pekerja Islam yang diambil bekerja. Di mana dengan mengatakan yakni makanan yang dihidangkan adalah halal, maka pekerja-pekerja Islam ini telah terpedaya untuk berkerja seterusnya menjadi penipuan yang tidak diketahui mengenai status halal makanan di restoran tersebut. Bagi pengunjung-pengunjung, apabila melihat Sijil HALAL yang dipaparkan (yang dikeluarkan oleh JAIPK bg sesetengah produk sahaja & bukan yang dikeluarkan oleh JAKIM yakni pengesahan makanan yang dihidangkan oleh restoran terbabit adalah HALAL semuanya) serta pekerja-pekerja Islam (yang tidak mengetahui akan Status Non-HALAL yang dihidangkan, siap pakai tudung lagi) maka dengan mudahnya mereka memasuki dan menjamahnya.


Seperti apa yang berlaku di KULIM, KEDAH bagi Kopitiam PAK’HAINAN (juga ‘TIDAK HALAL’). Sungguh menyedihkan apabila pengurus restoran beragama Islam dan berbangsa Melayu tidak mengendahkan & mengetahui status HALAL bagi makanan yang dihidangkan. Papan tanda di luar restoran juga sungguh besar menunjukkan pekerja Islamnya memakai tudung menghidangkan makanan.


Begitu juga yang berlaku di TESCO Seberang Jaya, Perai pula Kopitiam WHITE HOUSE (juga ‘TIDAK HALAL’) selain menghidangkan `noodles @ mee’ yang TIDAK HALAL dan beberapa menu lagi yang tidak diketahui Status HALAL HARAMnya, mereka juga dengan selamba & tampa rasa bersalah mengunakan LOGO HALAL JAKIM tampa kelulusan. Apabila ditanya, mereka menjawab produk mereka semuanya HALAL. Dan apa buktinya bagi Noodles @ Mee Import yang dihidangkan dan beberapa produk lain, tidak tahu jawapannnya.


Di TESCO Kajang pada tahun 2006, WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam telah menghidangkan `noodles @ Meenya’ yang antara isi kandungannya terdapat ‘LUNCHEON MEAT’. Aduan telah dibuat, namun tiada tindakan daripada pejabat Agama diambil bagi men`yamak’ restoren terbabit.


Perkara ini telah disahkan oleh perkerja Islam White Coffee Oldtown Kopitiam (kini telah berhenti apabila mengetahui perkara ini) selain daripada pekerja pihak pengurusan berbangsa Cina (juga telah berhenti apabila menghadapi tekanan daripada pelanggan mengenai Status HALAL JAKIM).


Selain itu, walaupun WCOK telah membuka sehingga melebihi 100 cawangan dari tahun 1999-2008 di seluruh negara yakni dari utara hingga ke selatan namun STATUS HALALnya masih lagi tidak diperolehi. Dalam masa 10 tahun, 100 cawangan telah berjaya dibuka dengan menghidangkan kepada UMAT ISLAM MALAYSIA makanan yang HARAM. Dan sungguh menyedihkan apabila pihak JAKIM selaku pihak Jabatan Agama yang bertanggungjawab dinegara ini mengambil sikap berdiam diri. Adakah seseorang di jabatan ini telah disogok agar tiada isu dibangkitkan & tindakan diambil walaupun sebenarnya telah ada aduan yang dibuat. Apakah pihak di JAKIM hanya melihat kepentingan yang akan diperolehi dengan tindakan ini tetapi tidak PERHITUNGAN di PADANG MASYAR nanti? Apakah perlu adanya aduan baru ada tindakan? Sedangkan pihak JAKIM telah melihat begitu ramai umat Islam menjamah makanan di `WHITE COFFEE OLDTOWN KOPITIAM’ yang ‘TIADA STATUS HALAL’ dan kini terbukti ‘TIDAK HALAL’ nya. Adakah tiada pemantauan dan tindakan bagi pihak yang `TIDAK MENDAPAT KEBENARAN/ KELULUSAN’ JAIKIM menjugakan LOGO HALAL JAKIM?


Hanya beberapa Kopitiam sahaja yang prihatin & dilihat telah mendapat `PENGESAHAN SIJIL HALAL JAKIM’ walaupun baru setahun jagung dibuka. Seperti SWENZ KOPITIAM & KAPITAN KOPITIAM. Di mana melalui produk menunya didapati sememang tiada makanan yang diimport dari TAIWAN, HONG KONG & JEPUN yang kebanyakkannya tidak HALAL. Mengapa restoren ini boleh mendapat Status HALAL JAKIM & terdapat sesetengahnya TIADA HALAL JAKIM.


Jawapannya MUDAH, ini kerana sesetengah hidangan makanan yang di hidangkan di Rangkaian Kopitiam seperti:-
-WHITE COFFEE OLDTOWN Kopitiam,
-NEWTOWN Kopitiam
-WHITE HOUSE Kopitiam
-PAK HAINAN Kopitiam
-JOM BALI Kopitiam
adalah ‘TIDAK HALAL’


Merujuk kepada isu yang dinyatakan, sebenarnya selain kita empunya diri yang akan dihisab kerana memberi makan kepada anggota tubuh dengan makanan yang diHARAMkan seharusnya Jabatan Agama mengambil tindakan segera di dalam mewajibkan status HALAL & HARAM diperolehi bagi setiap kedai makan @ restoren yang beroperasi. Pihak JAKIM seharusnya menjalinkan kerjasama bersama Majlis Perbandaran yang memberi & mengeluarkan LESEN perniagaan agar MEWAJIBKAN bagi restoran & food court (mungkin tidak termasuk gerai) mempamerkan STICKER TIDAK HALAL. Bagi yang mengatakan restoren mereka adalah HALAL hendaklah mendapatkan sijil & pengesahan Status HALAL daripada JAKIM terlebih dahulu sebelum beroperasi. Ini bertujuan agar UMAT ISLAM dinegara ini tidak dihidangkan makanan yang TIDAK HALAL dengan PENIPUAN apabila hanya dengan menunjukkan sijil halal bagi beberapa produk sahaja dan mengunakan PEKERJA ISLAM yang terpedaya & Jahil.
Ini agar umat islam di negara ini tidak terpedaya dengan Helah pengusaha yang asyik mengejar keuntungan dengan menyajikan makanan HARAM kepada umat islam dengan hanya mengatakan yakni tiada babi & minuman keras dihidangkan (NO PORK & LARD) tetapi sebenarnya ada.


Apakah Halal sesuatu makanan itu jika bukan babi yang dihidangkan. Tetapi bagaimanakah jika terdapat isi kandungannya diragui status halal (yakni diperbuat daripada unsur babi itu sendiri). Selain itu, jika Nasi Lemak serta menu lain boleh disahkan status HALALnya, bagaimanakah dengan pinggan mangkuknya yang telah dibasuh sekali dengan pinggan mangkuk yang menghidangkan menu HARAM ini. tidakkah jatuh hukumnya HARAM jua.


ADUAN WEBMAIL PPIMTARIKH : 20 DISEMBER 2008White Coffee (Oldtown Kopitiam) NON-HALAL

Harap disebarkan maklumat kepada seluruh umat Islam …